Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Puding Trifle


Yeayy...Akhirnya berjaya gaks la buat benda alah ni...Kalau ikot niat,dah bertahun2 dulu nak buat...Tp hari ni br tertunai...Itupon sbb nak bawak utk potluck kat opis besok...

Thanks to pemberi resepi a.k.a x-opismet a.k.a kak Jojet... *heart*

Bahan2:

6 sb tpg kastard
5 sb gula
600ml susu segar *kalau ikot resepi kat tmpt lain,ade gaks yg gune susu cair*
1 sk esen vanila
2 tin mixed fruits
1 pack fresh strawberry
2 swiss roll
1 pack raspberry jelly (brand Nona) *senang dan mudah*

Cara2:
1. Potong swiss roll dalam 2cm/ikot suke hangpa. Pastu susun cantik2 dalam bekas.
2. Bancuh tepung kastard bersama susu secawan. Yang selebihnya,didihkan atas api bersama gula dan esen vanilla.
3. Agak2 gula dah larut, campurkan bancuhan tepung kastard dalam bekas didihan. Kacau sampai likat *ala2 linyut ( mknn org sarawak =p ). Tutup api. Tunggu dalam 5min (bagi kastard sejuk).
4. Bila dah suam2 kuku harimau, scoopkan ke dalam bekas swissroll td.
5. Susun mix fruit ngan Stroberi cantik2 atas mix kastard.
6. Sambil2 tu didihkan air, bancuh jelly. Ikot je instruction kat belakang kotak tu.Senang gilos.
7. Mcm biasa,tunggu dalam 5min agak2 dah suam2 kuku Omar, scoop sket2 tuang atas trifle tadi.Agak2 sendiri la kuantitinyer.Jgn banjir sangat sudah.
8. Masukkan dalam peti ais.Kasik sejuk baru dibedal sorg2!



Rase??X sempat lagi nak rase...Esok baru nak tau...
Cikgu,tlg komen eh besok.. :)

Wednesday, June 22, 2011

Sweet Sour Ayam a.k.a Chicken Sweet Sour




Lame eh tak hapdet sesi men masak2 nih...Nampak sangat mmg tak masak kat umah...kekekeke...
Masak2 kali ni masakan simple utk umi,mama,ibu,mak yg bekerjaya...Adik2 i'ols slalu ckp "Ni jeklah yg nyah (they call me nyah..jgn tny sbb ape,coz aku pon tataw) pandai masak...Sket2 sweet sour!" =)

Campak2...then siap! Jom share...Mcm biase,makan tuk dua org. Omar tade gigi lg..Ngeee

Bahan2:
Beberapa ketul ayam perap ngan kunyit n garam
1 biji bawang putih (cincang halus)
1 biji bawang besar (mayang bulat2)
1 cm halia (ketuk)
1 biji ubi kentang (potong dadu -saiz sederhana)
1 s/b cili kering yg dah dikisar
1 s/b sos cili Thai
1 s/b sos tomato
1 s/k sos tiram
Air sedikit

Cara2:
1) Goreng ayam. Dah masak,ketepikan.
2) Tumis bawang putih bersama cili kering sampai terbit minyak.
3) Masuk sos cili, tomato, tiram dan halia. Kacau sampai naik bau.
4) Masukkan air dan kentang. Masak smpai kentang empuk.
5) Bile kentang dah empuk,masuk bawang besar. Kacau dalam seminit dua.
6) Tutup api. Tuangkan kuah atas ayam yang dah digoreng tadi.
Siap.

Sekian! Selamat mencuba~~




Thursday, May 5, 2011

Sambal Udang Simple Lagi Mudah


Ni masakan yang express rakyat... Save time..

Bahan2:
10-15 ekor udang -size sederhana
2 ulas bawang putih *dicincang halus
1 biji bawang besar *hiris sederhana besar
cili kisar
1 sudu besar air asam jawa
air suam
garam secukup rasa

Cara2:
  1. Tumis bawang putih sampai kekuning2an.
  2. Masukkan cili kisar dan goreng sampai garing.
  3. Agak2 cili dah garing sket, masukkan air asam jawa dan air. (air sket je)
  4. Masukkan udang dan garam secukup rasa.


Siappp...Senang kan? Resepi utk working mom.. (^_~)

Wednesday, March 30, 2011

Resepi Tertunggak -Sotong Oriental


Malas nak taip panjang2... Korang tgk je la resepi dier kat cni (kalau nak buat banyak)... Resepi aku ni utk 2 org makan...

Bahan2 (Pes)
1/2 sb pes tom yam
1/2 sk rempah kari ikan
3/4 sb sos tiram
1/2 sk sos ikan
air panas

Bahan
4-5 ekor sotong (yang sederhana besar. potong comel2 pastu curah air panas dan tos)
2 tangkai daun kari
1 ulas bwg merah (potong bulat)
1 ulas bwh putih (cincang lumat, nk tumbuk pon bleh)
garam & gula secukup rasa
sos ikan

Cara2
1. Gaul bahan2 pes
2. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bwg putih dan tumis hingga kekuningan.
3. Masukkan pes dan biar lebey kurang 2-3 minit.
4. Masukkan sotong dan sos ikan.. kacau rata. Masukkan garam (jika perlu. selalunya sos ikan tu dah masin) & gula (kalau suke. aku xletak) dan masak selama 5 minit.
5. Siap!


Thursday, March 24, 2011

Ayam Campak-Campak


Ini adalah hasil ayam campak2 utk dinner smalam... Tp telah dibedal seawal 6ptg... Mlm mkn bende len plak... Hahahaha... (tebayang camne la agaknyer badan aku klu jadik full-time housewife... ermm...cant imagine)

Actually aku da perap ayam ni awl,smalam baru goreng... Meh aku share resepi campak2...(^_~)

Bahan-bahan:
5 ketol ayam (utk 2 org mkn... Klu ayam banyak,sile tambah ingredients bawah ni)
* 1 cm halia
* 1-2 ulas bawang putih
* 2-3 ulas bawang merah
* 1 sudu sos tomato
* 1 sudu sos tiram
* 1 sudu sos cili
* 1 sudu kicap
* 2-3 titik sos ikan
Blackpepper secukup rasa
Garam secukup rasa (tapayah letak banyak sbb sos ikan da masin)
Air
1 sudu minyak masak

Cara-cara:
Perap
1) Cuci ayam bersih2 dan toskan airnya. Masuk dalam 1 bekas
2) Kisar sume bahan bertanda *
3) Tuang ke dalam bekas ayam. Gaul smp sebati
4) Masukkan blackpepper dan garam secukup rasa.Perap dalam 1-2 jam *aku perap semalaman

Menggoreng
1) Masukkan sedikit minyak dlm kuali non-stick (klu bukan non-stick takot melekat)
2) Masukkan ayam ke dalam kuali beserta air (air tu kene agak2 la)
3) Goreng smpai air kering (klu ayam tamasak lg,tambah air lg)
4) Angkat dan tos minyak


Haaaa... Simple je kan... Aku masak sume simple2 sbb aku MALAS..(^_~)

Tuesday, March 22, 2011

Puding Gula Hangus (Puding Karamel)


Sejuk dari dalam ice box... Aktiviti dah dimulakan kol 4.30ptg td... Ingat nak bedal utk mkn petang (tgg mr.Asben balik keje)... Tp si kenit Omar plak nanges2 carik umi dier... So,tertangguh aktiviti di dapor...

Tetap buat jugak lepas Omar dah dibuai mimpi... Rasenyer puding ni mkn utk supper jap lg la kot (haaa...camne badan ko x montel,ain!!!) Resepi grab dari buku... Tp ade jugak resepi otai2.. Bleh klik disini...disini...dan disini juga...(^_~)

Bahan-bahan:
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
*4 keping roti gardenia
*3 biji telur
*2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
*3/4 cawan susu pekat (bleh kurangkan klu tanak manis sgt)
*1sk essen vanila
2-3 sudu air suam

Cara-cara:
1) Gula hangus - Masak gula dalam kuali sampai perang (sile gune api kecil aje). Bile dah agak2 perang,masukkan air dalam 2-3 sudu. Tutup api dan masukkan gula hangus dalam loyang.

2) Blend sume bahan yg bertanda * (kalau malas)...
Kalau rajin mcm k.Hana, Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati.

3) Masukkan adunan yang dah diblend ke dlm loyang gula hangus.
4) Kukus dalam 30min - 1 jam (bergantung kpd tahap kesabaran).
5) Boleh teros makan atau klu sabar lg,sile masukkan dalam ice box dalam sejam.


Selamat mencuba! (^_~)

Monday, March 21, 2011

Puding Roti


Entri yang tertangguh akibat lmbt sgt transfer gamba + menguruskan baby besar yg kurang sihat + baby kecik yg asik nak bergayot jeee... Entri ni sharusnya ade gamba kan?Baru excited sket...

Credit to kakHana coz this recipe, i grab from her...Thanx kak..Muah2..

Agak berjaya gakla wlupon tak secanteq tuan pny resepi... Janji mr.Asben kate sedap n dier suke,so lepas ni bleh buat lg...Actually, aku tak ikot sukatan sangat pon (sbb x cukup equipment utk sukat2)... But still aku ikot ingredients asal... Blom berani nak edit2 lg... Sangat simple klu nak buat especially org yg "RAJIN" mcm aku... Here we go...


Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys

Cara-cara:
1) Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
2) Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn).
3) Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
4) Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
5) Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
6) Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
7) Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.

Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.



Selamat mencuba... (^_~)

Wednesday, January 5, 2011

Asam Pedas Ikan Merah

Berbaloi-baloi mr.asben tanam pokok daun kesom kat umah...
wlupon baru jek tanam,abes aku gondolkan...
nak makan sedap pny pasal kan...wakakaka...
xpe..nnt tumbuh lg...dun wory darl..(^_~)

resepi asam pedas ni i got from my dad...*he's very good in cooking...skillful...my mom as well...(kembang hidung diorg kalau baca nih)
lebey kurang cam iklan TV3 tu.."this recipe are my mother/father...i owe this to her/him..."




Aku memang lemah sket bab2 nak menaip resepi nih...adeihh...
tp,takpe...akan ku spend kan sket mase utk share ngan korang sume... :)

Bahan-bahan:
4 kelar ikan merah -nak letak ikan lain pon buleh
*1 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*2 biji bawang merah
**3 cm halia
10 tangkai cili kering yang digiling/blend -klu nak pedas,letak banyak lg
Belacan -optional. aku tak gune
1 sudu asam jawa -gaul dengan air
Beberapa tangkai daun kesom
Bendi/ Tomato -ikot korang la nak letak ape as additional..aku letak bendi..
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Kisar skali semua bahan yang bertanda *
Kisar dan asingkan bahan yg bertanda **

Cara-Cara:
1) Tumis semua bahan yang bertanda * sampai garing.
2) Masukkan bahan yang bertanda **.Kacau sampai naik bau.
3) Then,masukkan cili kering yang dah diblend td. Sampai pecah minyak.
4) Masukkan ikan.Gaul kasik sebati.
5) Agak2 ikan tu da kecut sket (da serap bahan2 tumis), masukkan air asam jawa.
6) Masukkan jugak air suam secukupnya. Korang pandai2 la agak. Klu nak biar lame,masuk banyak sket air tu.
7) Masukkan daun kesom. Agak da nak dekat masak tu, masukkan plak bendi/tomato.
8) Garam secukup rasa.
9) Sedia utk dihidang.

Selamat mencuba...Sekian!
p/s: kalau nak lg sedap,abah kate letak la belacan...(^_~)

Wednesday, December 29, 2010

Kari Ikan Portugis

Apasal name dier Kari Ikan Portugis? Sile jgn tanya sbb aku pon tataw...
agaknyer org portugis tak makan kari letak santan kot...
Kari ni mmg tapakai santan langsong...kari ngan air smate2...

dok boring2 kat umah,aku terjumpa resepi ni kat magazine2 lame..
klu tasalah, majalah SAJI edisi JULAI 2008 rasenyer...gile pny lame...(^_~)



Bahan-bahan:
3 keping ikan tenggiri – aku guna siakap

Bahan A:
*2 ulas bawang besar
*3 ulas bawang putih
*3cm halia
Kisar semua bahan A

Bahan B:
2 biji tomato –dihiris
3 biji cili hijau – dihiris
1 batang serai – ketuk

Bahan C:
½ sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih

Bahan D:
Daun kari
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili kisar
½ sudu besar serbuk kunyit
½ sudu kecil stok ikan bilis
Garam

Cara-cara:
1) Panaskan minyak dan tumis bahan A dan bahan C hingga naik bau.
2) Kemudian masukkan bahan B dan bahan D.
3) Masukkan air secukupnya.
4) Masukkan ikan. Kacau sebati.
5) Masak sampai kuah mendidih.

Sekian!
Selamat Mencuba (^_~)

SOTONG/ UDANG GORENG CILI

Ini adalah kesan-kesan kene force leave sminggu oleh TM...
Baru 2 ari cuti aku da trase boring tahap gaban...
Maka,dengan itu...aktiviti sampingan harus dibuat...*wahhh...memasak adalah aktiviti sampingan ye kawan2... =)


Bahan-bahan:
500g Sotong/ Udang – digoreng
*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*2 cm halia
*1 biji bawang besar
3 sudu makan sos cili
1 sudu makan cili boh
2 sudu makan sos tiram
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk perasa –Optional. Aku x letak

Kisar semua bahan yang ditanda *
Cara-cara:
1) Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar sehingga berbau harum.
2) Kemudian masukkan cili boh. Kacau sampai pecah minyak.
3) Masukkan sos cili, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
4) Masukkan sotong/ udang yang digoreng. Gaul rata sehingga sebati.
5) Angkat dan sedia dihidang.

Sekian! (^_~)

Monday, December 6, 2010

Homemade Pizza


Waktu ade kelapangan + kerajinan, maka akan berasaplah oven dirumah...
maka bertambahlah bil letrik...
seb bek tahap kemalasan tu lg byk dr kerajinan...klu x,melambung2 bil letrik kat umah kami...wakakakaka...*inila alasan paling relevant bg org yg malas mcm aku!sile lempang laju2

Resepi mcm biase...telah di amek dari sini dan sini..

Bahan-bahan doh pizza:
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

Bahan-bahan topping:
3 batang sosej daging
hirisan gegelang red capsicum
hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat
keju mozzarella, hiris nipis2 (klu suke cheese,letak banyak pon takpe)
tomato dipotong dadu (buang biji)
p/s: bahan topping ni tak terhad. bleh letak ape2 bahan yang kita suka. nak gantikan sosej ngan seafood pon boleh. depends on selera masing2 :)
p/s lagi: tomato tu kalau tak nak letak pon takpe...kadang2 bila kite masuk oven,akan jadi berair (tomato mencair)

Bahan-bahan sos:
tomato puri
lada hitam
basil
p/s: sos pon bleh diganti dengan sos tuna, sos lada hitam dan sebagainya..

Cara-cara:
UNTUK DOH:
1) Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas (except mentega dan tepung untuk ditabur). Gaul rata hingga bersatu.
2) Campurkan mentega dan gaul sehingga doh kenyal. *Tabur tepung if doh tu still melekit
3) Bulatkan doh dan biar 45 minit dalam peti ais sampai naik sekali ganda.

UNTUK PIZZA:
1) Panaskan oven pada suhu 190C.
2) Sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci digris dgn sedikit mentega. Ketepikan.
3) Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar.
4) Ambil satu dari 2 doh tu, tabur sedikit tepung dan canai bulat.
5) Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal (macam kat pizza hut).
6) Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susunlah lawa2 bahan topping atas pizza dan diakhiri dengan hirisan keju mozzarella.
7) Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan.
8) Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
9) Sedia dihidang.


Selamat Mencuba!




Monday, November 15, 2010

Popiah oh Lidah Buaya


Ini adalah kes addict beli kulit popiah dengan kuantiti yang sangat banyak...
Akibatnya, laki bini ini telah memulti purpose kan kegunaannya...(*tp mmg kulit popiah ni multi purpose pon kan?*)
Lidah Boye version kulit popiah...
Ape yg diperlukan hanyalah:
- kulit popiah (frozen&multipurpose)
- icing sugar (bleh gak gune gula kasar yg dah diblender halus)
- tepung gandum + air (ala kadar jek...utk buat gam a.k.a lekatkan kulit popiah)
Cara:
1) Gulung kulit popiah lawa2
2) Gunting senget or tegak (letak dalam bekas yg di alas dengan kain lembab)
3) Sedia utk digoreng (klu nak buat frozen, tabur sket tepung supaya tak melekat)
4) Sira dengan gula

Selamat mencuba!

Buat banyak2 then bawak p opis n stok kunyah2 kat umah...
Bebudak opis lepas rasa teros mengorder...seb bek ade tukang gulung merangkap org paling bersemangat yg menggulung,menggunting dan menggoreng...




Tada...inilah assistant yang telah banyak membantu..wewewe..
ape keje aku??aku tukang sira ngan gula sahaja...muahahahaha :)



Hasilnya ialah ini (order dibuat oleh budak opis)


Sekian! Inilah hobi kami di waktu lapang dan waktu tak lapang... :)

Friday, October 15, 2010

Apple Crumble

Ini adalah akibat dari nak mengabeskan stok epal yg melimpah ruah dalam peti ais ye anak-anak...
Maka terjadilah apple crumble ni...
Resepi aku cilok dari http://hanamemories.blogspot.com/... time kasih ye kak hana...
Tapi aku masih ditahap amatur di mane efek2 jadik tu mmg tak begitu menjadik...wakakaka
Aku buat ni tgh2 malam...mata pon dah kuyu...tp layankan jugak...
Buat jek pon...Makannyer tidak...Maka,perlulah dikekahkan di opis...
Klu simpan kat umah,mmg takkan abes smpai thn dpan...*duduk berdua ni mmg x hadap makanan sangat pon...*
Tada...inilah dier apple crumble yg tak menjadik itu...tp sedap gak wey...
cume terlebey cinnamon...hahahahaha


Di testing oleh penilai profesional...

Tuesday, September 28, 2010

Butter Bread Pudding

Ni lg satu projek mengejut yg aku buat...
Ptg smalam dok memblogging resepi...Skali terberenti kat blog Teratak Impian ni...*terima kasih ye kak*

Mcm sedap jek tgk butter bread pudding dier...Simple pon simple..
Malam td teros zappp buat...Sambil sediakan juadah berbuka asben,sambil membancuh bahan2 utk buat pudding ni...

Lately aku mmg suke mencube2 resepi yg sblm ni aku tapernah terpk akan buat...
Mase bujang2 dulu aku mmg x berminat langsong ngan bake2/cooking2 ni...
Tp lepas kawen (*especially bile bestfriend aku adiahkan oven), teros smangat berkobar2 nak try mcm2...

Ke mmg simptom org pegnen camni???hahahaha...*rajin semacam

Bahan: 4 biji telur,fresh milk 600g, esen vanilla, 2tbls icing sugar

Mahap ler tade gamba selepas dibakar+dikukus...sbb da terlalu ngantok...
Pg td plak ingat nak amek gamba b4 bekpes...tp dah xtertahan dgn baunyer...Teros masok perot aje..

Monday, September 27, 2010

Apple Pie





Ni menu tertunggak...Tgh2 dok belek magazine,tibe2 terbaca resepi apple pie...
Rase macam simple...Tp...mmg simple pon...
Apalagi...Balik keje, teros mulekan projek...

Kebetulan mase tgh2 nak sediakan bahan,hubby kate kawan dier nak datang beraya...So, tertangguh projek smpai tgh malam...kol 12am baru siap...*besoknyer keje plak...huarggghhhh....ZzzzzZZzz

Tapi mmg puas hati...1st time buat,menjadik...Lengkali bleh buat lagi...
Pastry rapuh...Intinya pon tade la manis sangat...
Aku potong slice tuk hubby bersahur, n balance aku bawak p opis...Licin!
Sesuai buat tuk minom petang...
Suppose,kulit epal ni kene kupas dulu baru digoreng...
Ini kes malas nak kupas...
Hasilnya, inti ade rase liat2 sket...


Bahan-bahan inti:

4 biji epal hijau (potong dadu)
100 gm gula perang (brown sugar)
1 s/k serbuk cinnamon (kulit kayu manis)
2 s/b tepung gandum
3 s/b air (utk bancuh tepung)
1 camca perahan limau kasturi( ikot suke la nak letak or tak)
1 biji kuning telur (utk sapu atas pastri)

Cara:
  • Masukkan epal dan gula perang dlm periuk dan masakkan sehingga layu.
  • Masukkan serbk kayu manis dan kacau rata.
  • Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau rata.
  • Sejukkan.

Pastry ni kene pandai agak2 sendiri la...
Mase aku mule2 uli, ingatkan tajadik sebab lembik semacam...
But yet,still menjadik gak...:)


Bahan-bahan pastri:

250 gm tepung -aku gune tepung gandum
50 gm gula icing
150 gm mentega tanpa garam- buttercup
1 biji kuning telur
30 gm air dingin- guna air sedikit je (agak2 senang nak kepal)
Sehelai kertas minyak
Sedikit beras atau kekacang

Cara:

Untuk membuat lapisan bawah (pastri),ayak tepung bersama gula aising.

  • Gaul ramas adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Masukkan kuning telur dan air.Uli hingga menjadi pastri lembut.
  • Bentuk jadik bulat,bungkus ngan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama sejam (agak2 la).
    Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan dalam bekas pai 16cm atau 20cm.
  • Asingkan sedikit pastri sebagai hiasan.
  • Hiris lebih2 pastri yang terkeluar tu so that acuan rata dan tekan sket kat setiap lekuk.
  • Cucuk dasar pastri dgn garfu,alas dgn kertas kalis minyak dan tuang beras diatasnya.Bakar 15 minit.
  • Sapukan rata putih telur pada kulit pai.Tuang inti dan ratakan.
  • Canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun bersilang pada permukaan pai/Sapu kuning telur dan bakar selama 30 minit (ni pon agak2 je)