Alhamdulillah... Akhirnya tertunai juga impian si orang berpantang (yakni aku) untuk
merasa membedal durian crepe setelah mengidam hampir setahun (ye lah sangat). Special thanks to Husna (tokey choco delight) kerana sudi ambil last minute order dari aku dan
cik Bambam yang sudi bawa all the way from Taman Seri Gombak to rumah aku.
Aku ingatkan just nak rasa je (sebab aku pernah face bad experience dengan
durian crepe ni). Aku hanya order 2 bekas which 1 bekas tu isinya 8 biji yang besarnya half of palms dewasa. Aku jangka aku hanya akan makan 2-3 biji je. Tapi.... tidak. Lepas bekas tu bertukar tangan je, agaknya Aida pun tak sampai lagi office dia, dah habis 1 bekas aku dan Omar kerjakan. Kejap-kejap buka ice box. 2-3 minit lepas tu, buka lagi. Makan lagi. Tapi mengenangkan en Zul tak merasa lagi, so aku tahan perut aku dan Omar.
Tak tahu macam mana nak decsribe. Tapi rasa memang marvelous sangat untuk aku yang sememangnya peminat setia durian. Dah lah murah, sedap pulak tu. Rasa menyesal order sikit. Kalaulah rumah Husna sebelah rumah aku, tiap-tiap hari aku order. Kamu nak rasa? Yang area Taman Seri Gombak tu boleh lah order dengan
Husna. Tak payah nak sebut nama aku segala. Bukan dapat diskaun pun. Self-pickup ye adik-adik.
Credit pada tuan tanah. Aku seriusly tak sempat nak snap, dah licin.