Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 12, 2011

Sup Ketam



Terima kasih kepada en zool yang telah meringankan beban isterimu ini dengan masakan enak! I heart you banyak-banyak...



Walaupon rupa takde (sila jangan salahkan telefon bimbit), tapi rasa dier mmg SUPERB. Alhamdulillah... Boleh repeat lauk yang sama untuk 2 hari. BURP!

CCA: Jangan tanya resepi. Sebab bukan aku yang masak. Chill!



Tuesday, October 11, 2011

Kejadian


Dua kejadian berbeza. Tapi pada hari yang sama.



Kejadian 1: Jem aka Jam
Traffic jam yang sangatlah teruknya. One of the reason ialah traffic light. Dari susur Kota Warisan sampai lah ke junction Dengkil. Masa ni on the way to office. Terus email team members inform yang aku BAKAL lambat ke ofis. Mahap ya kawan-kawan.

Kenapa depan aku lenggang tak ada kereta? Sebab en zool guna alternatif lane untuk potong masuk ke Dengkil.

CCA: Sila jangan jadikan ianya sebagai contoh,ya!





Kejadian ke-2: Riser meletup

Pertama kali dalam sejarah di bangunan TM Cyberjaya, yang mana bila loceng berbunyi tanda kecemasan. Selalunya loceng berbunyi saja-saja buat testing je. Yang kali ni punya memang bukan main-main. Aku yang tengah dok leka ber'meeting' dengan team mates buat 'dont know' je bila loceng berbunyi - blackout dan salah seorang dari kami kata "kalau lah loceng ni betul2 berbunyi sebab ada kecemasan,mesti kita dah rentung kat sini".

Sekali kami keluar dari bilik meeting, tengok orang tengah berpusu-pusu lari. And informer dari 2nd floor cakap memang betul ade letupan kat suis utama. Aku terus zassss capai purse, angkat laptop, tgk jam... "JOM TERUS PEGI LUNCH"




Friday, October 7, 2011

Burung Hantu



Pada malam yang hening.. Sambil melepak-lepak bersama keluarga terchenta dan melayan Astro Nat Geo Wild, tiba-tiba:

Si Ayah   : Omar... see burung hantu tu (sambil jejari tunjuk2 kat tv cabok)
Si Anak   : (Pandang muka si ayah..Pause dalam seminit.. Sambung main *tak layan pon tv*)
Si Ommy : Ayah, burung hantu in English apa?
Si Ayah   : GHOST BIRD (muke sangaaaaaaaaaaaaaatlah selamber)
Si Ommy : (ketawa guling-guling) Main hentammm jek kan? Owl laaa!
Si Ayah   : Ye ker?
Omar      : (Muka tak paham apa-apa)

Corat Coret Ain : Spontaneous tu amatlah kelakar




Wednesday, September 28, 2011

Tragedi Empire Subang



Letupan yang telah terjadi sekitar jam 3pagi (waktu tempatan), 28 September 2011 yang berkemungkinan terjadi akibat kebocoran gas.
Untuk berita lanjut, sila baca paper or klik di sini.




Monday, September 19, 2011



Anak dara k.Maiz telah meng'kiss' anak teruna aku. Bukan main suka lagi Misha. Tersipu-sipu malu bila dah  dapat kiss Omar,eh? Amboiii...Kemain lagi. Tapi reaction Omar, as usual. Haruslah control.

Nota kaki: Seronok betul tengok Misha gelak yang tersipu2 sambil tutup mulut. Very the Perempuan Melayu Terakhir la you,Misha.




Contoh & Diri



Ampunnn tok janggut. Lame betul tak meng'up to date'kan diri. Sibuk ke sana dan ke mari ziarah menziarahi. Tapi, maaf pada undangan yang tak dapat dihadiri. Bukan niat mahu lari. Tapi kekangan waktu kami sendiri. Maaf ya??

Bila dah ada anak ni, rutin harian dah semakin bertambah. Tapi tak jauh beza pun dengan rutin sewaktu duduk berdua. Cuma.. Bila dah ada anak, tanggungjawab pon dah semakin bertambah terutamanya dari segi diri sendiri. Dah nama pon nak jadi contoh pada anak-anak, perlulah berperangai senonoh sikit. Tapi lately ni aku rasa, banyak yang tak patut aku buat tapi aku dah buat. Walaupon Omar masih kecil and mungkin masih tak faham lagi tapi aku rasa sedikit sebanyak apa yang aku buat dah men'psycho'kan Omar.

Masa tengah menyiapkan diri nak ke tempat kerja, sempatlah pasang telinga dengan topik Tanyalah Ustaz, TV9. Antara yang sempat aku dengar (tapi tak sempat tengok):
  • Akhlak anak tu terbentuk dari rumah
  • Tak boleh nak bergaduh/marah2 pasangan depan anak
  • Perbuatan yang ala-ala WAR ni sedikit sebanyak akan mempengaruhi anak, selain dari video yang ditonton
Tiba2 aku terfikir, kadang2 aku ni selalu bergurau kasar dengan en zool. Bahasa tu mungkin kasar sikit. Kalau biasa panggil *panggilan*, kalau datang mood gurau kasar tu mule lah gune macam panggil kawan2. Hurmm.. Tu pon boleh "psycho" kan Omar ke? *duduk termenung dan berpikir*

Nota kaki: Bahasa melambangkan bangsa. Bahasa mencerminkan diri kita yang sebenarnya



Monday, September 12, 2011

Angry Bird

Selesai sudah party Angry Bird Adam. Phewwwww~~~ Wlupon x nolong banyak mane pon tp tetap fenattsss. Tu belom kire fenattss tuan umah tu. Sampai demam2 pulun demi utk realize kan permintaan Adam si Angry Bird. Sorry tuan umah. Kuarga kami tak jumpe baju Angry Bird. Merata p carik sampai sket lagi bleh jadik ANGRY.

Menu sumenye bikin sendiri (maunyer tak penat???). Pukul 2.30pm tuan umah still tak mandi lagi. Boleh bukak business catering la pasni. Berenti keje teros. Ape macam?? Ade bran??

Omar as usual, kalau dah jumpa sepupu memang tido kejap aje. Tak sampai sejam. Boleh cenggitu ye,Omar?? Xpela.. Sekali sekala.

Lets picture do the talk. Sebelum majlis bermula (ape yg sempat di snap aje la ye). Omar nak "nenen" time Adam & Hamim blow the candle + potong kek, so tak sempat nak amek gambar.



Adik beradik yg rajin

sausage and lamb (bahan perap??secret recipe)

Virgin chicken -NOT
Rosemary Chicken

The Kids
(credit to Cik Yat for the last photo)

Burpppp...Alhamdulillah... (^_~)