Wednesday, April 10, 2013

Sabar


Lama juga aku tinggalkan dunia aku yang satu ini. Ber-anak dua tidaklah semudah yang disangka. Dan disebabkan itu, aku sangat menyanjungi mak aku. Mengurus dan membesarkan enam orang anak yang kesemuanya "baik-baik" belaka apalagi dengan tuntutan kerjayanya sebagai seorang kakitangan kerajaan. Alhamdulillah, mak berjaya membesarkan kami dengan baik. Terima kasih mak!

Oh.. Makanya aku yang hanya ber-anak dua ni tak boleh mengomel lebih-lebih. Sedangkan yang ber-anak enam boleh lakukan apatah lagi yang hanya ber-anak dua. Yakin boleh. :)

"Sabar itu tak mudah tapi kerana sabar segalanya akan dipermudahkan. Sabar itu tak indah tapi kerana sabar dirimu nampak indah"

Aku tak pasti di mana aku baca petikan kata-kata ni. Mungkin di Facebook (read: ilmu bermanafaat). Semoga Allah beri kekuatan untuk terus beristiqamah.



Friday, March 15, 2013

"Kawan"


"Kenapa kawan awak tu happy semacam je?"

Perspektif yang negatif:
Apa masalahnya kalau kawan tu nak happy?
Kenapa harus jadi nanah kalau kawan tu happy?
Rasa terganggu-kah apabila kawan tu happy?

Perspektif positif:
Terima kasih atas keperihatinan itu.
Terima kasih kerana mengambil berat.

Pasti akan datang yang negatif dahulu dalam kotak fikiran. Dalam hati. Tapi setelah dikira-kira, difikir-fikir, tak guna rasanya dilayan manusia begitu. Sekurang-kurangnya tidak meroyan menjerit-jerit seperti kamu. Hiduplah kamu dengan sikap suka menyibuk dan melihat perbalahan itu. Sekian. Maaf andai terasa. :)


Sunday, March 3, 2013

Penasihat


Aku kenal dia. Dia kenal aku.

Dia sering menjadi penasihat. Malangnya, dia adalah seorang penasihat yang tidak bertauliah. Penasihat yang suka melihat orang lain berbalah.

Tugasnya -menasihat untuk melaga-lagakan org.
Melagakan suami-isteri. Melagakan adik-beradik. Melagakan saudara-mara. Melagakan rakan sekerja. Melagakan semua.

Lega hati dia jika semua orang menerima 'nasihat'nya. Nasihat itu umpama sesuatu yang berharga/berguna untuk disampaikan. Dia menasihat untuk mendapatkan faedah. Sudah bertahun! Sampai bila?

Tak pernah-kah ada sekelumit perasaan kau untuk melihat orang lain bahagia? Untuk melihat persengketaan ini berakhir? Untuk melihat mereka berbaik-baik? Untuk melihat orang 'di sana' tenang bersemadi?

Busuknya hati kau. Aku harap sangkaan aku terhadap kau tidak benar belaka.


Thursday, February 28, 2013

[Quick Post] Kenapa?


Kenapa ada segelintir manusia yang suka apabila orang lain berbalah dan mula tidak senang duduk bila orang lain berbaik?
Tak faham sungguh aku dengan perangai mereka-mereka ni. Barangkali ada faedah yang mereka dapat daripada perselisihan faham orang lain.

#Buat baik berpada-pada, buat jahat sekali pun jangan.
Tidak mahu berburuk sangka. Selamat malam.

Monday, January 14, 2013

Berbeza Namun Tetap Sama


Kata mereka production kali ini banyak perbezaannya dari production yang sebelumnya.

Kata mereka, warna kulit kali ini lebih cerah berbanding yang sebelum.

Kata mereka lagi, bulu mata yang terbaru ini lebih kontot jika dibandingkan dengan sebelumnya.

Kata mereka juga, keluaran kali ini sepet matanya dari yang sebelum ini.

Kata aku pula, ragamnya juga tidak sama. Penjagaannya juga tidak sama. Pembawakannya tidak sama.

Aku duduk dan memerhati kedua-dua mereka. Ya...memang banyak kelainannya.


Yang hakiki, keluarannya dari perut yang sama, yang mengendongnya adalah insan yang sama. Dan benihnya juga dari insan yang sama. Eh!

Terima kasih ya Allah atas kurniaan-Mu. Moga mereka menjadi khalifah yang sentiasa mendapat rahmat dan hidayah daripada-Mu.

Sunday, December 30, 2012

Durian Crepe


Alhamdulillah... Akhirnya tertunai juga impian si orang berpantang (yakni aku) untuk merasa membedal durian crepe setelah mengidam hampir setahun (ye lah sangat). Special thanks to Husna (tokey choco delight) kerana sudi ambil last minute order dari aku dan cik Bambam yang sudi bawa all the way from Taman Seri Gombak to rumah aku.

Aku ingatkan just nak rasa je (sebab aku pernah face bad experience dengan durian crepe ni). Aku hanya order 2 bekas which 1 bekas tu isinya 8 biji yang besarnya half of palms dewasa. Aku jangka aku hanya akan makan 2-3 biji je. Tapi.... tidak. Lepas bekas tu bertukar tangan je, agaknya Aida pun tak sampai lagi office dia, dah habis 1 bekas aku dan Omar kerjakan. Kejap-kejap buka ice box. 2-3 minit lepas tu, buka lagi. Makan lagi. Tapi mengenangkan en Zul tak merasa lagi, so aku tahan perut aku dan Omar.

Tak tahu macam mana nak decsribe. Tapi rasa memang marvelous sangat untuk aku yang sememangnya peminat setia durian. Dah lah murah, sedap pulak tu. Rasa menyesal order sikit. Kalaulah rumah Husna sebelah rumah aku, tiap-tiap hari aku order. Kamu nak rasa? Yang area Taman Seri Gombak tu boleh lah order dengan Husna. Tak payah nak sebut nama aku segala. Bukan dapat diskaun pun. Self-pickup ye adik-adik.

Credit pada tuan tanah. Aku seriusly tak sempat nak snap, dah licin.

Friday, December 28, 2012

Ada Apa Pada Nama




Siapa yang pilih nama?
Kami suami isteri.

Kenapa pendek sangat nama?
Sebab senang nak panggil, senang nak tulis dan senang nak eja.

Kenapa nama very "kampung"?
Sahabat rasulullah pun nama Ali juga. Tapi orang tak cakap kampung pun. Kan?

Ali -Yang Mulia