Sunday, December 30, 2012

Durian Crepe


Alhamdulillah... Akhirnya tertunai juga impian si orang berpantang (yakni aku) untuk merasa membedal durian crepe setelah mengidam hampir setahun (ye lah sangat). Special thanks to Husna (tokey choco delight) kerana sudi ambil last minute order dari aku dan cik Bambam yang sudi bawa all the way from Taman Seri Gombak to rumah aku.

Aku ingatkan just nak rasa je (sebab aku pernah face bad experience dengan durian crepe ni). Aku hanya order 2 bekas which 1 bekas tu isinya 8 biji yang besarnya half of palms dewasa. Aku jangka aku hanya akan makan 2-3 biji je. Tapi.... tidak. Lepas bekas tu bertukar tangan je, agaknya Aida pun tak sampai lagi office dia, dah habis 1 bekas aku dan Omar kerjakan. Kejap-kejap buka ice box. 2-3 minit lepas tu, buka lagi. Makan lagi. Tapi mengenangkan en Zul tak merasa lagi, so aku tahan perut aku dan Omar.

Tak tahu macam mana nak decsribe. Tapi rasa memang marvelous sangat untuk aku yang sememangnya peminat setia durian. Dah lah murah, sedap pulak tu. Rasa menyesal order sikit. Kalaulah rumah Husna sebelah rumah aku, tiap-tiap hari aku order. Kamu nak rasa? Yang area Taman Seri Gombak tu boleh lah order dengan Husna. Tak payah nak sebut nama aku segala. Bukan dapat diskaun pun. Self-pickup ye adik-adik.

Credit pada tuan tanah. Aku seriusly tak sempat nak snap, dah licin.

Friday, December 28, 2012

Ada Apa Pada Nama




Siapa yang pilih nama?
Kami suami isteri.

Kenapa pendek sangat nama?
Sebab senang nak panggil, senang nak tulis dan senang nak eja.

Kenapa nama very "kampung"?
Sahabat rasulullah pun nama Ali juga. Tapi orang tak cakap kampung pun. Kan?

Ali -Yang Mulia


Saturday, December 22, 2012

Zuriat


Alhamdulillah... Aku selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki yang comel seberat 2.2kg pada 17 November 2012 di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi.

Now, i have two heroes. Erm... 3 heroes actually (plus ayah mereka).

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kejadian 17 November 2012,

9pagi.

Perut memulas-mulas. Dalam hati, mungkin akibat makan seafood di Melaka malam tadi -food poisoning,mungkin. Aku ke toilet dan mulakan operasi. Pheww~~ Lega. Sakit mencucuk-cucuk (seperti mahu memerut) datang lagi. Aku fed-up, duduk sahaja dalam toilet. Aku lihat En Zul rileks saja bergolek-golek di ruang tamu. Aku tanya sama ada dia ada alami sakit seperti aku (apa yang aku makan malam tadi sama yang dimakan oleh En Zul). Dia hanya menggeleng. Aku mula panik. Mungkinkah???

Aku mula berkongsi kerisauan dengan En Zul. "Due date kan lambat lagi, bukan bulan 12 ke?"Dia cuba mententeramkan aku dan dirinya,barangkali. Ya! 11.12.2012 tarikh aku dijangka bersalin.

10 pagi

Perut aku mula memulas-mulas hampir 15 minit sekali. Hati aku mula katakan mungkin ini masanya. Aku kemaskan pakaian dan apa yang patut. Dan ketika aku sedang bersiap-siap, bunyi pop dan diikuti dengan air keluar dari bahagian itu. Air ketuban! Aku beritahu En Zul. Dia yang sedang lepak-lepak lantas bangun mengejutkan Omar. Mandi. Packing apa yang patut

Oh~~Tertekan. Barang-barang baby, patutnya kami plan beli pada hari ini. Oh~~ Pity you,baby...


11.15 pagi

Kami bergegas ke Pusat Rawatan Az-Zahrah. Aku perhatikan jam, kesakitan itu datang setiap 3 minit sekali.

11.45 pagi

Aku di bawa ke aras 3, bagi melihat bukaan. 5cm! Terus dibawa ke labour room. En Zul call dan aku beritahunya supaya jumpa aku di labour room. Aku ingat aku sahaja yang terkejut rupanya En Zul pun sama.
Sakit still under control. Sehinggalah aku diberikan drip (untuk mempercepatkan contraction) selepas diberikan ubat pelawas. En Zul tiada bersama kerana sibuk menguruskan Omar dan pendaftaran aku.

Kesakitan dah berada diparas maxima. Doktor tiada. En Zul pun belum tiba. Aku genggam tangan nurse yang ketika tu sedang memerhati graf jantung baby. Aku katakan yang aku sudah terlalu sakit. Dan nurse bertugas katakan pada aku, yang ubat drip masih baru dimasukkan. Lambat lagi, katanya. Aku tak puas hati. Aku tetap suruh dia tengok juga. Dan ketika itulah, labour room hingar seketika kerana baby sudah hampir keluar. 2 orang nurse sibuk menguruskan kedudukan aku manakala seorang lagi pergi memanggil doktor Noraini dan En Zul. Aku hanya push apabila datang sakit. En Zul juga membantu memberikan motivasi pada aku dan akhirnya....


12.13 tghari

Zuriat ke-2 kami selamat dilahirkan. Tanpa sempat aku ambil segala ubat -bagi kurangkan kesakitan. Aku rasai 100% kesakitan itu. Begitulah mak aku rasa waktu melahirkan aku. Sekarang ni, giliran aku pula.

Puas.


Inilah dia, baby yang dah tak sabar-sabar nak jumpa ommy, ayah dan abang Omar.

Semoga kamu menjadi anak yang soleh, taat pada perintah Allah dan yang menyenangkan hati ommy dan ayah. Juga anak yang akan mendoakan ommy dan ayah sewaktu kami hidup dan telah meninggal dunia. Amin


p/s: maaf entry dah lebih sebulan selepas kelahiran baru sempat di muat naik.








Friday, December 21, 2012

Crepe


Fenomena crepe.

Semua orang bercerita pasal crepe. Kesedapan crepe. Ke'tempting'an crepe. Di Facebook, ramai yang memuat naik gambar crepe. Durian crepe lah. Strawberry crepe lah. Mango crepe lah. Dan macam-macam jenis crepe yang lain. Ya! Memang nampak menarik. Dan aku terliur. Mujur dah bersalin. Eh!

Tapi sedih... Sampai sekarang aku masih tak pernah rasa kesedapan crepe tu yang sebenarnya.
Bersabarlah wahai nafsu.

En Zul pernah beli (mungkin) durian crepe dan bawa balik untuk dirasai kami laki bini. Malangnya... Bau crepe seakan-akan bau tempoyak. Aku tetap cuba untuk merasa. Tempoyak yang dibungkus cantik. Itu definisi aku mengenai durian crepe yang En Zul beli. Buang. Aku google info mengenai crepe. Rupa-rupanya kena sejukkan dan dimakan ketika sejuk. Kalau dibiarkan lama dalam suhu bilik, pasti akan bertukar kepada tempoyak. Hahaha~~

Aku nekad order dua bekas durian crepe dekat member yang betul-betul aku percaya (testimoni semua kata sedap). Nekad!
ps: Hanya mampu beli... Namanya nak buat memang tidak-lah. :)



Saturday, October 13, 2012

[Percutian] #Day 1 -Pantai Timur (Kelantan - Terengganu - Pahang)


Tengah membelek-belek album gambar (hajat hati nak pilih dan cuci. Softcopy banyak, hardcopy tak ada langsung), tiba-tiba terjumpa album Pantai Timur. Trip ke pantai timur ni aku plan dengan kYanie (rakan sekelas merangkap rakan sebilik aku masa di UNIMAS dulu). Trip mak buyong. Masa ni kYanie dah 7 bulan rasanya dan aku masih dalam trimester pertama. Namun kami gagahkan juga!

Hari pertama, cuma melawat Pasar Che Yeh. Bontot kejang duduk dalam kereta. Terpikir aku macam mana kawan-kawan aku balik kampung berjam-jam selama ni??

Hari kedua, agak sedikit rushing sebab kami-kami ni nak ke Terengganu pula. Haruslah singgah ke Pasar Siti Khadijah beli apa-apa yang patut.


Serius aku tak tau kenapa aku suka sangat dengan nasi kerabu. Tempting!

Menunggu makyong pusing satu Pasar. Borong habis!

Pasar Siti Khadijah -checked. Terus ke Rantau Panjang. Misi mencari toto dan periuk belanga. Namun begitu, hasrat nak beli periuk belanga terpaksa dibatalkan -tak muat nak sumbat dalam kereta kebal. Hahahaha. Itu pun toto terpaksa tumpang kereta kebal partner in crime.

Hasil tangkapan. Stroller bertukar menjadi troli. Jadi-lah...

Singgah minum-minum. Panas terik.

Rantau Panjang- checked. Terus heading ke Terengganu. Sampai dah tengah malam. Memang haunted sangat homestay yang kami dapat tu. Tengok dalam internet, kemain lawa. Terus tidur!



Wednesday, August 1, 2012

Songkok





Yeayy..Atok dah belikan songkok untuk Omar. Dan ommy pon tak sangka Omar muat pakai songkok. So,checklist untuk Omar done 1 part.
Sorry Omar...Ommy dan ayah tak berkesempatan lagi nak membeli belah barangan Omar. Untuk kami,apantah lagi.. Tunggu mood raya sampai dulu ya!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, July 17, 2012

Habuk



Lama rasanya tak mengemaskini blog ni.Macamkan tak bertuan. Hahaha.

Banya nak cerita. Nanti-nantilah bila dapat ilham nak menaip,aku akan sambung kembali. Tapi bukan dalam masa terdekat ni.

Salam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, July 5, 2012

[#4 Random] 3 Perkara


**Antara point Prof Dr Muhayya dalam slot IKIM.fm semalam (04072012)

Antara tiga benda manusia biasa (macam kita-kita ni) yang paling susah  nak buat. **yes...i admit this...so true!

  • Berbuat baik pada orang yang buat tak baik dengan kita
Bukan senang nak buat baik pada orang yang pernah buat jahat pada kita. Tapi untuk membalas balik jahat yang orang dah buat tu adalah teramat senang. Macam-macam cara boleh dilakukan. Nak sindir kat FB boleh. Sindir kat blog pun boleh. Nama pun zaman IT,kan -semua dihujung jari. Asalkan orang yang buat jahat tu rasa sakit hati, pasti kita akan lega. Barulah reveal namanya - tapi mungkin belum sepenuhnya.
Ya... Aku menulis atas pengalaman sendiri. Dah nama pun manusia kan? Kena hasut sini, kena hasut sana, hanyut juga. Melainkan kamu mempunyai kekentalan yang kuat. Jujur aku katakan, once kamu dapat buat baik pada orang yg buat jahat pada kamu, seriously kamu akan rasa  tenang -inner peace. Tambahan pula, kalau didoakan benda yang baik-baik untuk orang yang berbuat jahat tu. Lagi bertambah tenang.

  • Membela orang yang sedang diumpat
Jarang-jarang sekali kita tengok orang nak bela orang yang sedang dijadikan bahan umpatan kan? Tapi kalau nak cari yang suka tambah perasa asam, garam, gula, kuah, nasi dan segala bagai - memang senang nak jumpa. Daripada cerita tu setengah minit dah habis boleh berlanjut sampai ke 2 jam. Ahli "jemaah" pun makin lama, makin ramai. Tambah lagi orang yang diumpat tu tak berapa disukai sangat. Pastinya, semua orang buka cerita/pengalaman masing-masing. Maka, bertambahlah "saham akhirat" tu. Yang paling kasihan, orang yang tak pernah kenal dengan orang yang diumpat pun boleh tiba-tiba berasa "semacam". Hurmmm... Aku pasti, kalian semua pernah berada dalam situasi yang sama. Tak kira lah sama ada yang diumpat atau yang mengumpat atau yang mendengar umpatan. Tapi, pernah tak sesekali kita fikir untuk membela orang yang sedang diumpat walaupun dia adalah musuh kita?

  • Mengakui kesilapan diri
Siapa yang mahu mengaku salah sendiri? Lebih-lebih lagi kalau salah itu akan/ boleh mengaibkan diri sendiri. Dan kalau kita mengaku salah sendiri pun, boleh kah orang lain menerimanya? Banyak yang berbunyi di belakang "Eleh...harini mengaku. Besok-besok buat lagi..." Bukankah kita ni hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari membuat silap? Apa-lah salahnya kalau memberi teguran. Ini hanya mengkondem sahaja yang pandai. Akui kesilapan tidak menjatuhkan ego kamu. Tuhan lebih tahu.


Kesimpulannya,  memang benar inilah antara 3 perkara yang kita susah nak buat. Tapi sekali kita dapat buat, pasti jiwa akan relief. Dan insyaAllah boleh terhindar dari penyakit hati. Sama-samalah kita muhasabah diri. Pesanan untuk diri sendiri juga.

Sekian. Salam.


Friday, June 8, 2012

Pengertian Al-Fatihah


Aku suka dengar lagu ni.. Dan aku juga mahu kamu untuk mendengarnya. Sekurang-kurangnya kita tahu maksud ayat yang kita selalu ulang-ulangkan 19 kali dalam sehari ini. Supaya kita semua mendapat solat yang lebih khusyuk dan tawadduk. InsyaAllah.

Kredit pada shalatsempurna

 Dari Voice of Ummi (anak kepada penyanyi Nora)



Published with Blogger-droid v2.0.4



Thursday, May 31, 2012

Penyakit



Kenapa perlu ada penyakit iri hati? Penyakit iri hati tu pasti akan membawa ke penyakit sokseksoksek - 1 saham dah tentu dapat.

Jika bahan "umpatan" kita tu benar,maka jadilah ianya mengumpat - yg mana 1 saham lagi dah tentu dapat.
 Jika bahan "umpatan" kita tu tidak benar,maka jadilah ianya fitnah - 1 lagi saham kita kumpul.

Bukankah dosa memfitnah itu lagi besar dosanya dari membunuh.

Selidik la dahulu sebelum kamu nak mengadili orang lain. Jangan main ikut suka kamu nak buat assumption. Menuduh orang dengan membuta tuli tanpa tahu hujung pangkal.
Sekian!

Peringatan untuk diri sendiri juga.


Tuesday, March 27, 2012

[#3 Random] Ruginya


Sekadar berkongsi.
Dari Facebook Ustaz Don Daniyal:

✔ Ruginya orang handsome tak solat, Nabi Yusof yang handsome pun solat.
✔ Ruginya orang cantik tak solat, Saidatina Aisyah yang cantik pun solat.
✔ Ruginya orang kaya tak solat, Nabi Sulaiman yang kaya pun solat.
✔ Ruginya orang miskin tak solat, Nabi Muhammad yang miskin pun solat.
✔ Ruginya kanak-kanak tak solat, Hasan dan Husin ketika kanak-kanak pun solat.


Saturday, March 24, 2012

[#2 Random] Mahram Wanita


Harus dipraktikkan walaupun pasti akan hadapi kesukaran.
Perlu pertimbangkan dahulu kalau nak bersalam lepas ni. :)



[#1 Random] Don't Be Sad


#1: Sebab utama untuk dapat mencapai kebahagiaan adalah keimanan kepada Allah. Jika hubungan dengan Allah tidak dijaga, bagaimana pula mahu mempertahankan hubungan sesama manusia?

#2: Perasaan sedih terbit apabila orang bercakap mengenai kamu. Tapi pernah terfikirkah akan kamu perasaan orang apabila kamu bercakap mengenai mereka? Jangan resah dengan musibah yang menimpa diri dan jangan mengeluh dengan kepedihan yang datang bertubi-tubi. Jika diam boleh membuat kamu terhindar dari keburukan dan kamu boleh menjauhinya maka itu sudah cukup. "Maka berpalinglah dari mereka"(Surah An-Nisa':62)

#3: Jika seseorang berbuat jahat kepada kamu, tentu kamu akan berasa marah. Tetapi apabila kamu membuat jahat kepada orang, adakah orang itu akan berperasaan seperti kamu? Marah adalah pintu ke arah keresahan, kesedihan, kekacauan hati dan kemurungan. Tawanlah marah itu dengan redha kerana sesungguhnya redha akan melepaskan kita dari pintu keburukan. InsyaAllah.


Dari Ustaz Azhar al Idrus:

~✿ Jangan kongsi status yang MENJATUHKAN MARUAH diri sendiri, apatah lagi maruah orang lain..berguraulah dalam BATASAN AKHLAK..menjatuhkan kemuliaan diri sendiri atau orang lain di hadapan khalayak facebook bukan ajaran Islam dan bukan akhlak seorang muslim..
 ~✿ Jangan tulis atau kongsi benda yang TIADA MANFAAT, kerana seorang mukmin itu senantiasa mengejar manfaat dan memberi manfaat kepada orang lain..sebaik-baik manusia, orang yang PALING BERMANFAAT pada manusia lain..
 ~✿ Jadikan setiap ketikan jari pada keyboard sebagai SAHAM PAHALA dan KEBAIKAN..mengeratkan silaturrahim, menyebarkan MESEJ TAZKIRAH, berkongsi khabar umat Islam dan sebagainya adalah nilaian IBADAH yang cukup besar..

Sabda Rasulullah saw : “Barangsiapa yang MENGAJAK (seseorang) kepada petunjuk (KEBAIKAN), maka baginya PAHALA seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun.” (HR. Muslim)


Wednesday, February 29, 2012

Superb


Hari ini. Banyak betul yang kamu dapat. Dan banyak juga yang kami dapat. Berbakul-bakul jugalah kami beri pada kamu. Terima kasih.


Monday, February 20, 2012

Cuti Berjemaah


Omar aktif seperti biasa. Mengemas sana, mengemas sini. Bergaduh-gaduh aku nak tidurkan dia. Kalau dia tidur, aku pun boleh berehat selelap dua. Manakala en zool sibuk dengan hobi barunya (ini lagi 1 kes. Pening kepala dibuatnya! Nanti-nanti aku cerita). Elok en zool balik dari beriadah, dia kejutkan aku. Katanya badan Omar panas. Aku tengok jam, 5 petang. Panas! Badan heat sampai 39.7. Masuk ubat bontot la jawabnya.

Maka, hari ini aku dengan en zool cuti berjemaah. Sian anak ommy. Cepat sembuh.

Sunday, February 19, 2012

Rawat emosi


Bila tiba hujung minggu, aku dengan akan cuba sedaya upaya cuba untuk elakkan diri dari melayari internet (Facebook juga) kecuali ada sebab-sebab yang tertentu perihal kerja atau perihal lain yang penting dan yang tak penting. (ayat panjang tanpa ada titik noktah) Niat di hati nak luangkan masa 48 jam yang ada dengan orang tersayang.

Tapi sekali lagi aku gagal. Hahaha. Menggagalkan diri sendiri. Ada sedikit hal yang perlu diuruskan. Maka, seperti hari selalu aku on komputer riba dan modem TM. Entah di mana silapnya, hari ni susah pula nak connect. Nak minta tolong en zool, tapi aku hanya diam dan buat sendiri. Kasihan kan dia yang sedang sakit akibat main bola sepak (main setahun sekali tanpa latihan. Hahahaha).

Lebih setengah jam, aku menggodek sana dan sini. Tukar setting, configuration dan macam-macam lagi. Tetap gagal. Temperature aku semakin meningkat. Marah dengan diri sendiri. Aku mencari kabel LAN. Cuba alternatif lain.

Jumpa tak kabel?, tanya en zool. Aku hanya mengangguk tanpa bersuara.
Ommy, jumpa tak kabel?, sekali lagi en zool bertanya. Kali ni aku menjawab sepatah dan menggangguk kepala.
Jangan marah-marah. Selawat banyak-banyak. Dan en zool pun berlalu.

Selang bebeara minit kemudian,berjaya. Dan otak mula beroperasi. Memikir sejenak dengan ayat en zool sebentar tadi.

Benarlah kata orang, kita sering terpengaruh dengan emosi dalam melakukan sesuatu tindakan dan  membuat sesuatu keputusan. Aku adalah salah seorang daripadanya. Tapi, emosi itu bukan selalu negatif sahaja. Ada juga emosi positif yang muncul.

“….Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang.”(ar-Ra’d:28)

Membaca al-Quran adalah salah satu cara dan cara yang terbaik untuk merawat emosi.

[Omar demam!]


Wednesday, February 15, 2012

Kisah Kopi dan Telaga


Apabila segenggam kopi dicampur dengan air di dalam bekas yang kecil, maka akan terasalah kepahitannya. Namun, jika secawan kopi diletakkan di dalam telaga yang besar dengan air yang banyak, tidak akan terasa sedikit pun kepahitan itu. Malah, apa yang dirasa adalah manis air telaga.
[ Ustaz Badlishah @ Ikim.fm -15 Feb 2012 ]

Segenggam kopi adalah ibarat seperti kepahitan/masalah hidup yang dirasai oleh kita semua. Manakala bekas air yang digunakan pula adalah umpama hati kita.

Jika hati kita sekecil gelas, maka akan terasa pahit dan tak tertanggunglah masalah yang kita hadapi. Namun, jika hati kita sebesar telaga yang luas dan dalam, nescaya akan hilanglah segala rasa pahit malah kita akan merasa segar. Sesegar telaga.

  • Berlapang dada jika menghadapi masalah 
  • Jika kita menerima dugaan, bertenang dan anggaplah bahawa semuanya adalah ketentuan. Dan Allah tahu setiap apa yang berlaku
  • Masalah tetap menjadi masalah. Cuma kita jangan biarkan masalah itu menganggu hidup kita.
  • If you don't thank Allah for every smile, then you have no right to complain about tears



Dr Aziah Ali @ Cik Yah


Aku tak sanggup nak bercerita tentang kemalangan yang berlaku semalam. Sedih, terkejut. Semua masih ada. Aku sebahagian yang terawal sampai dan sempat memberikan pertolongan yang tidak seberapa.

Dr.Aziah (lecturer FIT,MMU) dan Nurin Humaira antara mangsa kemalangan yang terselamat. Alhamdulillah, aku dikhabarkan oleh k.Aziah yang Maya (nama panggilan Humaira) selamat di bedah. Pembedahan kaki Maya dijalankan pada hari kejadian jam 5 petang. Jenazah arwah abg Fauzi juga telah selamat dikebumikan pada hari yang sama di Melaka. Begitu juga dengan jenazah arwah Saiful (technician FOE,MMU)

Semoga roh kedua-duanya dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Harapan aku, semoga k.Aziah kuat menerima ujian Allah. Dan semoga k.Aziah, Maya dan bayi yang dikandung berada di bawah lindungan Allah. Amin.


Friday, January 20, 2012

Bercuti panjang



Daripada tadi masih di pejabat menunggu en zool. Seorang...seorang rakan aku beredar. Awal dari biasa, mungkin. Masing-masing mahu ke kampung halaman tanpa menjebakkan diri dari kesesakan lalu lintas. Pasti akan sesak... sangat pasti!

Selamat bercuti panjang.

Thursday, January 19, 2012

Triple Celebration


Atok buat panggilan mengejut ajak makan malam bersama (kalau atok dah ajak, semestinya atok yang "buka meja"). Jadi, ommy cuma taja Secret Recipe. Mahal juga kan? :) Flavor, semestinya ikut tekak ayah Omar. Hahahaha. Januari adalah bulan yang paling banyak perlu spend! Ramainya yang lahir bulan Januari (*pengsan*)

Sambutan hari ulangtahun kelahiran putera-puteri Januari.
  • 9 Januari (Aishah a.k.a mak usu Omar)  
  • 14 Januari (Faiz a.k.a paklang Omar)  
  • 28 Januari (Omar)

Kek pilihan hati en zool

Birthday boy and birthday girl

Keluarga. Aku dipaksa & terpaksa mengambil gambar

Becoming 1 year birthday boy. Selesa sungguh dia tidur.

Happy birthday adik-adikku, semoga berjaya dunia akhirat...

Terima kasih atok dan uwan! Burpppp


Monday, January 9, 2012

Kenapa Suka Berbelanja...


Tiba-tiba tertarik dengan status kawan-kawan di Facebook. Soal jawab dengan Ustaz Azhar Idrus.

Soalan: Kenapa wanita suka berbelanja..(isteri saya janji, sekali ni je-sekali ni je,tp beli jgk) 


Jawapan: Wanita mcm bdk2..suke membeli..contohnye bdk2, pantang tgk mainan terus je nk, padahal mainan dh byk kt umah..mcm juga wanita, padahal baju, kasut byk dlm almari yg xpkai lg..nk beli lg..wanita mmg suke tgk benda yg cantik..MEMANG TUGAS SUAMI CARI DUIT, ISTERI HABISKAN DUIT..kalau bukan isteri yg habiskan duit, siapa lg..kalau bkn isteri, siapa lg yg nk beli periuk, kuali, dll..SUAMI JGN MARAH..ISTERI BESAR JASANYA..tlg beranakkan anak, jaga anak2, tlg basuh bju kite, tlg masak, kemaskan umah, dll


Memang semua orang pun dah sedia maklum, tanggungjawab suami adalah memberi nafkah, tempat tinggal pada isteri dan keluarga. Tapi nafkah yang diberi tu bukanlah untuk para-para isteri ni dok perhabiskan sampai licin. Kalau tak kena gaya, botaklah kepala suami kamu. Cukup bulan, masing-masing tenung siling rumah. Semuanya perlu ada give and take.

Untuk aku sendiri, aku lagi suka guna duit sendiri untuk membeli belah barang yang aku sendiri guna. Baru ada feel nak berbelanja. Hahaha. Kalau guna duit en zool, seperti kurang sedikit feel berjimba tu. Rasa kesian tu agak menebal. Baik sungguh aku ni,kan? :)


Wednesday, January 4, 2012

Ipoh - Cameron - Port Dickson


[Edisi cerita outdated 2011]

Sesi menghabiskan cuti 2011 telah bermula. Namun, kami memilih lokasi yang hanya berbajet rendah. Maka tiadalah Universal Studio, Trans Studio atau apa-apa studio yang lain. Ngeee... :)

Perjalanan pertama bermula di Ipoh bagi menghadiri kenduri perkahwinan sepupu en zool. Sejak kahwin, inilah kali pertama aku jumpa paksu maksu en zool. Menantu apakah aku ini? Hahahaha.

Dari lensa iPhone CikYat

Lokasi kedua percutian kami hanyalah di Cameron Highlands. Ok lah tu kan? Saja nak bawak Omar pergi jalan-jalan (bunyi nada cover line). Nanti dah besar dia claim kata Ommy & Ayah tak pernah pergi jalan pulak kang.





Kediaman hari pertama kami: Noraini Chalet (hari kedua pindah hotel apentah *lupa*)


Hari Pertama: Jalan- jalan di Pasar Brinchang sampai lewat malam


Jalan yang sesak (cuti ganti bagi Krismas)





Hari kedua: Sesi melawat ladang teh Boh Sungei Palas


Keletihan! Lokasi: Kampung Sedia








Hari kedua: Nyummy...Big Red Strawberry







Hari ketiga: Melawat sekitar Brinchang sebelum pulang

Selamat tinggal~~~

Dan lokasi terakhir kami (menutup tahun 2011) adalah Port Dickson. Bermalam di Seri Intan. 






Phewwwww... Akhirnya!