Wednesday, February 29, 2012

Superb


Hari ini. Banyak betul yang kamu dapat. Dan banyak juga yang kami dapat. Berbakul-bakul jugalah kami beri pada kamu. Terima kasih.


Monday, February 20, 2012

Cuti Berjemaah


Omar aktif seperti biasa. Mengemas sana, mengemas sini. Bergaduh-gaduh aku nak tidurkan dia. Kalau dia tidur, aku pun boleh berehat selelap dua. Manakala en zool sibuk dengan hobi barunya (ini lagi 1 kes. Pening kepala dibuatnya! Nanti-nanti aku cerita). Elok en zool balik dari beriadah, dia kejutkan aku. Katanya badan Omar panas. Aku tengok jam, 5 petang. Panas! Badan heat sampai 39.7. Masuk ubat bontot la jawabnya.

Maka, hari ini aku dengan en zool cuti berjemaah. Sian anak ommy. Cepat sembuh.

Sunday, February 19, 2012

Rawat emosi


Bila tiba hujung minggu, aku dengan akan cuba sedaya upaya cuba untuk elakkan diri dari melayari internet (Facebook juga) kecuali ada sebab-sebab yang tertentu perihal kerja atau perihal lain yang penting dan yang tak penting. (ayat panjang tanpa ada titik noktah) Niat di hati nak luangkan masa 48 jam yang ada dengan orang tersayang.

Tapi sekali lagi aku gagal. Hahaha. Menggagalkan diri sendiri. Ada sedikit hal yang perlu diuruskan. Maka, seperti hari selalu aku on komputer riba dan modem TM. Entah di mana silapnya, hari ni susah pula nak connect. Nak minta tolong en zool, tapi aku hanya diam dan buat sendiri. Kasihan kan dia yang sedang sakit akibat main bola sepak (main setahun sekali tanpa latihan. Hahahaha).

Lebih setengah jam, aku menggodek sana dan sini. Tukar setting, configuration dan macam-macam lagi. Tetap gagal. Temperature aku semakin meningkat. Marah dengan diri sendiri. Aku mencari kabel LAN. Cuba alternatif lain.

Jumpa tak kabel?, tanya en zool. Aku hanya mengangguk tanpa bersuara.
Ommy, jumpa tak kabel?, sekali lagi en zool bertanya. Kali ni aku menjawab sepatah dan menggangguk kepala.
Jangan marah-marah. Selawat banyak-banyak. Dan en zool pun berlalu.

Selang bebeara minit kemudian,berjaya. Dan otak mula beroperasi. Memikir sejenak dengan ayat en zool sebentar tadi.

Benarlah kata orang, kita sering terpengaruh dengan emosi dalam melakukan sesuatu tindakan dan  membuat sesuatu keputusan. Aku adalah salah seorang daripadanya. Tapi, emosi itu bukan selalu negatif sahaja. Ada juga emosi positif yang muncul.

“….Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang.”(ar-Ra’d:28)

Membaca al-Quran adalah salah satu cara dan cara yang terbaik untuk merawat emosi.

[Omar demam!]


Wednesday, February 15, 2012

Kisah Kopi dan Telaga


Apabila segenggam kopi dicampur dengan air di dalam bekas yang kecil, maka akan terasalah kepahitannya. Namun, jika secawan kopi diletakkan di dalam telaga yang besar dengan air yang banyak, tidak akan terasa sedikit pun kepahitan itu. Malah, apa yang dirasa adalah manis air telaga.
[ Ustaz Badlishah @ Ikim.fm -15 Feb 2012 ]

Segenggam kopi adalah ibarat seperti kepahitan/masalah hidup yang dirasai oleh kita semua. Manakala bekas air yang digunakan pula adalah umpama hati kita.

Jika hati kita sekecil gelas, maka akan terasa pahit dan tak tertanggunglah masalah yang kita hadapi. Namun, jika hati kita sebesar telaga yang luas dan dalam, nescaya akan hilanglah segala rasa pahit malah kita akan merasa segar. Sesegar telaga.

  • Berlapang dada jika menghadapi masalah 
  • Jika kita menerima dugaan, bertenang dan anggaplah bahawa semuanya adalah ketentuan. Dan Allah tahu setiap apa yang berlaku
  • Masalah tetap menjadi masalah. Cuma kita jangan biarkan masalah itu menganggu hidup kita.
  • If you don't thank Allah for every smile, then you have no right to complain about tears



Dr Aziah Ali @ Cik Yah


Aku tak sanggup nak bercerita tentang kemalangan yang berlaku semalam. Sedih, terkejut. Semua masih ada. Aku sebahagian yang terawal sampai dan sempat memberikan pertolongan yang tidak seberapa.

Dr.Aziah (lecturer FIT,MMU) dan Nurin Humaira antara mangsa kemalangan yang terselamat. Alhamdulillah, aku dikhabarkan oleh k.Aziah yang Maya (nama panggilan Humaira) selamat di bedah. Pembedahan kaki Maya dijalankan pada hari kejadian jam 5 petang. Jenazah arwah abg Fauzi juga telah selamat dikebumikan pada hari yang sama di Melaka. Begitu juga dengan jenazah arwah Saiful (technician FOE,MMU)

Semoga roh kedua-duanya dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Harapan aku, semoga k.Aziah kuat menerima ujian Allah. Dan semoga k.Aziah, Maya dan bayi yang dikandung berada di bawah lindungan Allah. Amin.