Monday, November 29, 2010

Hilang Ingatan

Lately aku ni kerap lupe itu dan ini...
especially yg berkaitan ngan tarikh,event and so on...*slalu gak la kene marah*
ni tanda2 alzheimer kah?or mmg antara simptom2 during pregnancy?

rase nak lempang jek muke sendiri sbb dok lupe serba serbi...
bukan diri sendiri jek bengang...org len pon same bengang...*tak dapek den nak nolong*

Petua elak PELUPA:
1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan

Sunday, November 28, 2010

Preparation *Seramnyer*

Entering 32 weeks, aku da kene prepare, choose and practice on delivery position.whooaaaa!takotnyer...
aku pon dok meng'google' position2 yang berkaitan...
maklomla...1st baby...actually aku cam tamau nak pk2 sangat...coz nnt lg nervous...
tapi, one of my officemate ckp aku kene amek taw jugak...prepare diri b4 experience it...
So, here we go...aku dapat dari "kak engku"...tenks kak for sharing...

Latihan contraction:

  • Kedudukan Tegak. Pada awal kontraksi, anda boleh mengurangkan rasa tidak selesa itu degan menyokong diri anda pada permukaan berhampiran. Misalnya pada dinding, kerusi atau meja. Jika perlu, anda boleh berlutut sambil kepala disandarkan pada permukaan pilihan anda.
  • Duduk Bertentangan. Kaedah ini hanya menggunakan kerusi. Pastikan kerusi yang anda pilih mempunyai penyandar. Letakkan bantal di atas kerusi dan juga pada bahagian atas kayu penyandar. Duduk berpaling ke arah bertentangan kerusi.
  • Bantuan. Anda boleh bersandar pada pasangan. Paut bahu suami erat-erat dalam kedudukan 10 darjah condong. Pada masa yang sama, suami boleh mengurut belakang pinggang anda dengan perlahan.
  • Melutut Ke Hadapan. Melutut dengan keadaan kaki dibuka sedikit. Kepala, tangan dan badan diletakkan di atas himpunan bantal atau kusyen. Cuba berada dalam keadaan tegak yang mungkin agar sakit kontraksi dapat dikurangkan.
  • Merangkak. Posisi ini akan menyuruh anda berkeadaan seperti merangkak. Kaki, lutut dan tangan perlu mencecah lantai. Kemudian, goyangkan anggota bahagian atas yang tidak mencecah lantai ke hadapan dan belakang.

Latihan posisi bersalin:

  • Duduk Tegak

    Posisi ini adalah posisi popular dikalangan ibu hamil. Ia mudah. Anda hanya perlu duduk dengan kecondongan mengikut kehendak anda. Untuk lebih selesa, kecondongan itu diampu dengan beberapa biji bantal pada bahagian belakang badan. Kaki dibuka luas dan dagu dirapatkan pada dada.

    Tangan pegang pada lipatan lutut sambil meneran. Ada sebilangan hospital, ibu hamil diberi katil khas. Katil ini mempunyai tiang keluli untuk ditolak menggunakan kaki. Pada tiang keluli itu juga, terdapat tali yang boleh dipegang dan ditarik. Jadi anda hanya perlu berbaring dan meletakkan kaki dalam keadaan terbuka ke atas rod keluli tersebut. Tangan pula berpaut pada tali. Apabila sampai masanya, anda dapat menyalurkan sepenuh tenaga untuk meneran. Kuasa tendangan kaki dan tarikan pada tangan ini dapat membantu ibu mengeluarkan anak dengan segera. Kaedah ini sangat elok untuk ibu hamil yang masih tidak ada pengalaman bersalin.

  • Mencangkung

    Posisi ini adalah yang terbaik untuk kelahiran. Hal ini kerana, bukaan pelviks lebih lebar dan tarikan graviti dapat memudahkan anak keluar. Mungkin kaedah ini meletihkan. Tetapi jika membuat banyak latihan lebih awal, anda akan biasa yang rasa lebih mudah. Sekiranya anda merasakan tidak boleh mencangkung sendirian tanpa dibantu, ajak suami berlatih bersama anda. Caranya adalah dengan posisi suami duduk pada kerusi dan isteri mencangkung membelakangi iaitu dicelah bukaan kaki suami. Letakkan tangan pada paha suami dan mula meneran.

  • Melutut

    Posisi ini mungkin tidak seletih mencangkung. Tetapi anda perlukan 2 orang teman untuk melakukan kaedah ini. 2 orang pembantu diperlukan. Seorang di sebelah kanan dan seorang di sebelah kiri. Pada posisi ini, anda perlu melutut sambil kaki dibuka dengan luas. Tangan anda berpaut pada bahu pembantu di kiri dan kanan. Sebelum meneran, pastikan belakang anda berada dalam keadaan tegak.

  • Wheel Chair

    Salah satu kaedah terkini proses kelahiran adalah menggunakan wheel chair. Sesetengah hospital swasta di negara ini sudah pun menggunakan kaedah tersebut. Penggunaan wheel chair ini bukan sahaja memudahkan ibu bersalin, tetapi dapat mengurangkan rasa sakit ketika berlaku kontraksi.

  • Dalam Air

    Kaedah ini paling jarang atau tidak pernah langsung dilakukan di sini. Kaedah ini dikatakan paling ideal kerana ketika proses kelahiran, ibu tetap rasa selesa kerana hampir separuh badan ibu hamil ini ditenggelami air. Biasanya kaedah tersebut perlu dilakukan di dalam tab mandi atau apa saja alat yang boleh menakung air dan cukup ruang untuk ibu masuk ke dalamnya. Proses kelahiran ini berlaku dalam keadaan posisi ibu duduk tegak. Anda tidak perlu khuatir bayi yang dilahirkan akan lemas. Hal ini kerana, apabila proses kelahiran berjaya bayi dengan segera di bawa keluar dari dalam air.

  • Pembedahan

    Proses ini tidak perlukan latihan. tetapi anda perlu bersedia dari sudut mental dan wang. Kaedah ini selalunya dilakukan akibat berlakunya komplikasi ketika hendak melahirkan atau posisi bayi dalam kandungan tidak normal. Misalnya kedudukan bayi songsang atau pintu rahim sukar membuka.

    Jadi, untuk mengelakkan sebarang masalah pada ibu dan anak berlaku, pembedahan terpaksa dilakukan. Walau bagaimanapun, ada juga ibu hamil yang lebih suka memilih kaedah ini walaupun tidak mengalami sebarang komplikasi. Alasannya kerana takut untuk menempuhi ke semua posisi atau kaedah seperti yang diberikan di atas.

Selamat mencuba pada bakal ibu!

Monday, November 22, 2010

22 November

Banyaknye kenangan 22 November nih...
This is the date when aku start berpacaran (2003) *gatal wokeh!*...
after 5years berkasih2an, bergadoh2an, we decide to engage...*aku still study lg time engagement tu...sangat tak sabar2...ngehhhh...*
and pada tarikh ni jugak, my title change from SingleMingle to Engage (2008)...



Since laptop and hard disk aku telah berjaya dicuri oleh pencuri, maka aku tadapat la nak upload gambar hari pertunangan dan gambar aku bercintan cintun dolu2...hahahaha...

Nanti aku try dapatkan dari sumber2 lain seperti BFF aku...dier ade sume koleksi gamba time kami bermonkey love dulu...


Oh! I love 22 November
Happy 7th anniversary (loving2)
Happy 2nd anniversary (engagement)



gambar selepas kawen! :)

Monday, November 15, 2010

Pebble Wash

Pebble Wash -DIY-

Aktiviti ini dah kire bende wajib buat for every wiken...(*even with limited time*)
Pebble wash flooring...ni ler projek every wiken kami...kununnyer nak buat landskap kat tanah tepi tu...*tp tataw thn bile nak siap...sbb rumput pon lom beli lg...sile ketawa besar2*

Inilah dier buruh binaan kat umah aku tu...yg tak kenal erti tghari ataupon panas...
kulit toksah kate la...runsing aku ngadap...
utk makluman, asben aku tak amek upah buat pebble wash ye...dier buat utk rumah dier sendirik jek...sile jgn order!
klu dier amek upah,dah sah2 aku kene melibatkan diri secara tak langsong...
oh...tak sanggop...

Sekian!

Wasalam

Popiah oh Lidah Buaya


Ini adalah kes addict beli kulit popiah dengan kuantiti yang sangat banyak...
Akibatnya, laki bini ini telah memulti purpose kan kegunaannya...(*tp mmg kulit popiah ni multi purpose pon kan?*)
Lidah Boye version kulit popiah...
Ape yg diperlukan hanyalah:
- kulit popiah (frozen&multipurpose)
- icing sugar (bleh gak gune gula kasar yg dah diblender halus)
- tepung gandum + air (ala kadar jek...utk buat gam a.k.a lekatkan kulit popiah)
Cara:
1) Gulung kulit popiah lawa2
2) Gunting senget or tegak (letak dalam bekas yg di alas dengan kain lembab)
3) Sedia utk digoreng (klu nak buat frozen, tabur sket tepung supaya tak melekat)
4) Sira dengan gula

Selamat mencuba!

Buat banyak2 then bawak p opis n stok kunyah2 kat umah...
Bebudak opis lepas rasa teros mengorder...seb bek ade tukang gulung merangkap org paling bersemangat yg menggulung,menggunting dan menggoreng...




Tada...inilah assistant yang telah banyak membantu..wewewe..
ape keje aku??aku tukang sira ngan gula sahaja...muahahahaha :)



Hasilnya ialah ini (order dibuat oleh budak opis)


Sekian! Inilah hobi kami di waktu lapang dan waktu tak lapang... :)

Tuesday, November 9, 2010

Aktiviti Deepavali

First of all, Happy Deepavali to all yg celebrate Diwali... *better late than never!

Sminggu kot tak update...Menunjukkan yg aku sangat bizi...
di rumah dan di opis...*bz la sangat (>.<) ok...mari kiter mengupdate! Cuti deepavali last week, mmg kitorg laki bini tade plan p mane2... melepak kat umah sambil laki aku start projek garden dier... aku pon tataw menatang ape yg dier dok buat... rajin len mcm...x taw penat... aku yg penat tgk dier kehulu kehilir beli pasir sgale... lepas mengemas luar umah,mengemas dalam plak...huihhhh... yg bini dier ni, dok golek2 kat hall...letey sbb tak buat ape2...bleh x?hahahaha... Meh layan project2 yg dilakukan during Deepavali

3 gambar di atas ni adalah projek sesudah subuh...smp matahari tegak atas kepala...




di "continue" ngan aktiviti dalam rumah selepas Zohor
(sgale pelusuk isi umah dier kemas...aku nengokkan aje)


dan di finale kan dengan aktiviti belakang rumah selepas Asar
Dannnn......to be fair atau dengan kata lain membalas jasa, aku pon buat lah santapan petang...*kes jaga ati suami*
Hahahaha...tapi..ini je la pon yg aku dok buat during cuti...
sangat rajin kan???

Sekian!