Thursday, February 3, 2011

Tahnik



Daripada Abu Musa, katanya: Aku mendapat anak lelaki, lalu aku bawa dia kepada Nabi (sallallahu alayhi wasalam) dan baginda namakan dia dengan Ibrahim dan mentahnikkannya dengan sebijik kurma. Imam Bukhari menambahkan: Nabi (sallallahu alayhi wasalam) doakan untuknya keberkatan, kemudia baginda serahkan dia kembali kepadaku”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tahnik maknanya menggosok kunyahan tamar dengan telunjuk kanan pada gusi dan langit-langit bayi yang baru lahir. Gerakan ke kiri dan ke kanan bahagian dalam mulut bayi hendaklah dilakukan dengan lembut sehingga sampai manisan kurma itu ke semua bahagian dalam mulut. Jika tidak ada kurma (tamar), boleh juga digunakan benda-benda manis lainnya seperti madu.

Semalam ayah jempot Ustaz Ishak singgah umah utk tahnik kan Omar...tahnik ngan kurma tahnik yg hospital az-zahrah provide lepas ummi deliver Omar...ustaz ishak campurkan kurma ngan air zamzam...
semoga Omar menjadi anak yg soleh...berjaya dunia akhirat... insyaallah..