**Antara point Prof Dr Muhayya dalam slot IKIM.fm semalam (04072012)
Antara tiga benda manusia biasa (macam kita-kita ni) yang paling susah nak buat. **yes...i admit this...so true!
- Berbuat baik pada orang yang buat tak baik dengan kita
Bukan senang nak buat baik pada orang yang pernah buat jahat pada kita. Tapi untuk membalas balik jahat yang orang dah buat tu adalah teramat senang. Macam-macam cara boleh dilakukan. Nak sindir kat FB boleh. Sindir kat blog pun boleh. Nama pun zaman IT,kan -semua dihujung jari. Asalkan orang yang buat jahat tu rasa sakit hati, pasti kita akan lega. Barulah reveal namanya - tapi mungkin belum sepenuhnya.
Ya... Aku menulis atas pengalaman sendiri. Dah nama pun manusia kan? Kena hasut sini, kena hasut sana, hanyut juga. Melainkan kamu mempunyai kekentalan yang kuat. Jujur aku katakan, once kamu dapat buat baik pada orang yg buat jahat pada kamu, seriously kamu akan rasa tenang -inner peace. Tambahan pula, kalau didoakan benda yang baik-baik untuk orang yang berbuat jahat tu. Lagi bertambah tenang.
Ya... Aku menulis atas pengalaman sendiri. Dah nama pun manusia kan? Kena hasut sini, kena hasut sana, hanyut juga. Melainkan kamu mempunyai kekentalan yang kuat. Jujur aku katakan, once kamu dapat buat baik pada orang yg buat jahat pada kamu, seriously kamu akan rasa tenang -inner peace. Tambahan pula, kalau didoakan benda yang baik-baik untuk orang yang berbuat jahat tu. Lagi bertambah tenang.
- Membela orang yang sedang diumpat
Jarang-jarang sekali kita tengok orang nak bela orang yang sedang dijadikan bahan umpatan kan? Tapi kalau nak cari yang suka tambah perasa asam, garam, gula, kuah, nasi dan segala bagai - memang senang nak jumpa. Daripada cerita tu setengah minit dah habis boleh berlanjut sampai ke 2 jam. Ahli "jemaah" pun makin lama, makin ramai. Tambah lagi orang yang diumpat tu tak berapa disukai sangat. Pastinya, semua orang buka cerita/pengalaman masing-masing. Maka, bertambahlah "saham akhirat" tu. Yang paling kasihan, orang yang tak pernah kenal dengan orang yang diumpat pun boleh tiba-tiba berasa "semacam". Hurmmm... Aku pasti, kalian semua pernah berada dalam situasi yang sama. Tak kira lah sama ada yang diumpat atau yang mengumpat atau yang mendengar umpatan. Tapi, pernah tak sesekali kita fikir untuk membela orang yang sedang diumpat walaupun dia adalah musuh kita?
- Mengakui kesilapan diri
Siapa yang mahu mengaku salah sendiri? Lebih-lebih lagi kalau salah itu akan/ boleh mengaibkan diri sendiri. Dan kalau kita mengaku salah sendiri pun, boleh kah orang lain menerimanya? Banyak yang berbunyi di belakang "Eleh...harini mengaku. Besok-besok buat lagi..." Bukankah kita ni hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari membuat silap? Apa-lah salahnya kalau memberi teguran. Ini hanya mengkondem sahaja yang pandai. Akui kesilapan tidak menjatuhkan ego kamu. Tuhan lebih tahu.
Kesimpulannya, memang benar inilah antara 3 perkara yang kita susah nak buat. Tapi sekali kita dapat buat, pasti jiwa akan relief. Dan insyaAllah boleh terhindar dari penyakit hati. Sama-samalah kita muhasabah diri. Pesanan untuk diri sendiri juga.
Sekian. Salam.
No comments:
Post a Comment