Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 10, 2013

Sabar


Lama juga aku tinggalkan dunia aku yang satu ini. Ber-anak dua tidaklah semudah yang disangka. Dan disebabkan itu, aku sangat menyanjungi mak aku. Mengurus dan membesarkan enam orang anak yang kesemuanya "baik-baik" belaka apalagi dengan tuntutan kerjayanya sebagai seorang kakitangan kerajaan. Alhamdulillah, mak berjaya membesarkan kami dengan baik. Terima kasih mak!

Oh.. Makanya aku yang hanya ber-anak dua ni tak boleh mengomel lebih-lebih. Sedangkan yang ber-anak enam boleh lakukan apatah lagi yang hanya ber-anak dua. Yakin boleh. :)

"Sabar itu tak mudah tapi kerana sabar segalanya akan dipermudahkan. Sabar itu tak indah tapi kerana sabar dirimu nampak indah"

Aku tak pasti di mana aku baca petikan kata-kata ni. Mungkin di Facebook (read: ilmu bermanafaat). Semoga Allah beri kekuatan untuk terus beristiqamah.



Friday, March 15, 2013

"Kawan"


"Kenapa kawan awak tu happy semacam je?"

Perspektif yang negatif:
Apa masalahnya kalau kawan tu nak happy?
Kenapa harus jadi nanah kalau kawan tu happy?
Rasa terganggu-kah apabila kawan tu happy?

Perspektif positif:
Terima kasih atas keperihatinan itu.
Terima kasih kerana mengambil berat.

Pasti akan datang yang negatif dahulu dalam kotak fikiran. Dalam hati. Tapi setelah dikira-kira, difikir-fikir, tak guna rasanya dilayan manusia begitu. Sekurang-kurangnya tidak meroyan menjerit-jerit seperti kamu. Hiduplah kamu dengan sikap suka menyibuk dan melihat perbalahan itu. Sekian. Maaf andai terasa. :)


Sunday, March 3, 2013

Penasihat


Aku kenal dia. Dia kenal aku.

Dia sering menjadi penasihat. Malangnya, dia adalah seorang penasihat yang tidak bertauliah. Penasihat yang suka melihat orang lain berbalah.

Tugasnya -menasihat untuk melaga-lagakan org.
Melagakan suami-isteri. Melagakan adik-beradik. Melagakan saudara-mara. Melagakan rakan sekerja. Melagakan semua.

Lega hati dia jika semua orang menerima 'nasihat'nya. Nasihat itu umpama sesuatu yang berharga/berguna untuk disampaikan. Dia menasihat untuk mendapatkan faedah. Sudah bertahun! Sampai bila?

Tak pernah-kah ada sekelumit perasaan kau untuk melihat orang lain bahagia? Untuk melihat persengketaan ini berakhir? Untuk melihat mereka berbaik-baik? Untuk melihat orang 'di sana' tenang bersemadi?

Busuknya hati kau. Aku harap sangkaan aku terhadap kau tidak benar belaka.


Thursday, February 28, 2013

[Quick Post] Kenapa?


Kenapa ada segelintir manusia yang suka apabila orang lain berbalah dan mula tidak senang duduk bila orang lain berbaik?
Tak faham sungguh aku dengan perangai mereka-mereka ni. Barangkali ada faedah yang mereka dapat daripada perselisihan faham orang lain.

#Buat baik berpada-pada, buat jahat sekali pun jangan.
Tidak mahu berburuk sangka. Selamat malam.

Monday, January 14, 2013

Berbeza Namun Tetap Sama


Kata mereka production kali ini banyak perbezaannya dari production yang sebelumnya.

Kata mereka, warna kulit kali ini lebih cerah berbanding yang sebelum.

Kata mereka lagi, bulu mata yang terbaru ini lebih kontot jika dibandingkan dengan sebelumnya.

Kata mereka juga, keluaran kali ini sepet matanya dari yang sebelum ini.

Kata aku pula, ragamnya juga tidak sama. Penjagaannya juga tidak sama. Pembawakannya tidak sama.

Aku duduk dan memerhati kedua-dua mereka. Ya...memang banyak kelainannya.


Yang hakiki, keluarannya dari perut yang sama, yang mengendongnya adalah insan yang sama. Dan benihnya juga dari insan yang sama. Eh!

Terima kasih ya Allah atas kurniaan-Mu. Moga mereka menjadi khalifah yang sentiasa mendapat rahmat dan hidayah daripada-Mu.