Entering 32 weeks, aku da kene prepare, choose and practice on delivery position.whooaaaa!takotnyer...
aku pon dok meng'google' position2 yang berkaitan...
maklomla...1st baby...actually aku cam tamau nak pk2 sangat...coz nnt lg nervous...
tapi, one of my officemate ckp aku kene amek taw jugak...prepare diri b4 experience it...
So, here we go...aku dapat dari "kak engku"...tenks kak for sharing...
Latihan contraction:
- Kedudukan Tegak. Pada awal kontraksi, anda boleh mengurangkan rasa tidak selesa itu degan menyokong diri anda pada permukaan berhampiran. Misalnya pada dinding, kerusi atau meja. Jika perlu, anda boleh berlutut sambil kepala disandarkan pada permukaan pilihan anda.
- Duduk Bertentangan. Kaedah ini hanya menggunakan kerusi. Pastikan kerusi yang anda pilih mempunyai penyandar. Letakkan bantal di atas kerusi dan juga pada bahagian atas kayu penyandar. Duduk berpaling ke arah bertentangan kerusi.
- Bantuan. Anda boleh bersandar pada pasangan. Paut bahu suami erat-erat dalam kedudukan 10 darjah condong. Pada masa yang sama, suami boleh mengurut belakang pinggang anda dengan perlahan.
- Melutut Ke Hadapan. Melutut dengan keadaan kaki dibuka sedikit. Kepala, tangan dan badan diletakkan di atas himpunan bantal atau kusyen. Cuba berada dalam keadaan tegak yang mungkin agar sakit kontraksi dapat dikurangkan.
- Merangkak. Posisi ini akan menyuruh anda berkeadaan seperti merangkak. Kaki, lutut dan tangan perlu mencecah lantai. Kemudian, goyangkan anggota bahagian atas yang tidak mencecah lantai ke hadapan dan belakang.
Latihan posisi bersalin:
- Duduk Tegak
Posisi ini adalah posisi popular dikalangan ibu hamil. Ia mudah. Anda hanya perlu duduk dengan kecondongan mengikut kehendak anda. Untuk lebih selesa, kecondongan itu diampu dengan beberapa biji bantal pada bahagian belakang badan. Kaki dibuka luas dan dagu dirapatkan pada dada.
Tangan pegang pada lipatan lutut sambil meneran. Ada sebilangan hospital, ibu hamil diberi katil khas. Katil ini mempunyai tiang keluli untuk ditolak menggunakan kaki. Pada tiang keluli itu juga, terdapat tali yang boleh dipegang dan ditarik. Jadi anda hanya perlu berbaring dan meletakkan kaki dalam keadaan terbuka ke atas rod keluli tersebut. Tangan pula berpaut pada tali. Apabila sampai masanya, anda dapat menyalurkan sepenuh tenaga untuk meneran. Kuasa tendangan kaki dan tarikan pada tangan ini dapat membantu ibu mengeluarkan anak dengan segera. Kaedah ini sangat elok untuk ibu hamil yang masih tidak ada pengalaman bersalin.
- Mencangkung
Posisi ini adalah yang terbaik untuk kelahiran. Hal ini kerana, bukaan pelviks lebih lebar dan tarikan graviti dapat memudahkan anak keluar. Mungkin kaedah ini meletihkan. Tetapi jika membuat banyak latihan lebih awal, anda akan biasa yang rasa lebih mudah. Sekiranya anda merasakan tidak boleh mencangkung sendirian tanpa dibantu, ajak suami berlatih bersama anda. Caranya adalah dengan posisi suami duduk pada kerusi dan isteri mencangkung membelakangi iaitu dicelah bukaan kaki suami. Letakkan tangan pada paha suami dan mula meneran.
- Melutut
Posisi ini mungkin tidak seletih mencangkung. Tetapi anda perlukan 2 orang teman untuk melakukan kaedah ini. 2 orang pembantu diperlukan. Seorang di sebelah kanan dan seorang di sebelah kiri. Pada posisi ini, anda perlu melutut sambil kaki dibuka dengan luas. Tangan anda berpaut pada bahu pembantu di kiri dan kanan. Sebelum meneran, pastikan belakang anda berada dalam keadaan tegak.
- Wheel Chair
Salah satu kaedah terkini proses kelahiran adalah menggunakan wheel chair. Sesetengah hospital swasta di negara ini sudah pun menggunakan kaedah tersebut. Penggunaan wheel chair ini bukan sahaja memudahkan ibu bersalin, tetapi dapat mengurangkan rasa sakit ketika berlaku kontraksi.
- Dalam Air
Kaedah ini paling jarang atau tidak pernah langsung dilakukan di sini. Kaedah ini dikatakan paling ideal kerana ketika proses kelahiran, ibu tetap rasa selesa kerana hampir separuh badan ibu hamil ini ditenggelami air. Biasanya kaedah tersebut perlu dilakukan di dalam tab mandi atau apa saja alat yang boleh menakung air dan cukup ruang untuk ibu masuk ke dalamnya. Proses kelahiran ini berlaku dalam keadaan posisi ibu duduk tegak. Anda tidak perlu khuatir bayi yang dilahirkan akan lemas. Hal ini kerana, apabila proses kelahiran berjaya bayi dengan segera di bawa keluar dari dalam air.
- Pembedahan
Proses ini tidak perlukan latihan. tetapi anda perlu bersedia dari sudut mental dan wang. Kaedah ini selalunya dilakukan akibat berlakunya komplikasi ketika hendak melahirkan atau posisi bayi dalam kandungan tidak normal. Misalnya kedudukan bayi songsang atau pintu rahim sukar membuka.
Jadi, untuk mengelakkan sebarang masalah pada ibu dan anak berlaku, pembedahan terpaksa dilakukan. Walau bagaimanapun, ada juga ibu hamil yang lebih suka memilih kaedah ini walaupun tidak mengalami sebarang komplikasi. Alasannya kerana takut untuk menempuhi ke semua posisi atau kaedah seperti yang diberikan di atas.
Selamat mencuba pada bakal ibu!
2 comments:
ain, dah bersalin kew??
blom lagi la ita...
next month...ngeee(^_~)
Post a Comment