Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, September 19, 2011

Contoh & Diri



Ampunnn tok janggut. Lame betul tak meng'up to date'kan diri. Sibuk ke sana dan ke mari ziarah menziarahi. Tapi, maaf pada undangan yang tak dapat dihadiri. Bukan niat mahu lari. Tapi kekangan waktu kami sendiri. Maaf ya??

Bila dah ada anak ni, rutin harian dah semakin bertambah. Tapi tak jauh beza pun dengan rutin sewaktu duduk berdua. Cuma.. Bila dah ada anak, tanggungjawab pon dah semakin bertambah terutamanya dari segi diri sendiri. Dah nama pon nak jadi contoh pada anak-anak, perlulah berperangai senonoh sikit. Tapi lately ni aku rasa, banyak yang tak patut aku buat tapi aku dah buat. Walaupon Omar masih kecil and mungkin masih tak faham lagi tapi aku rasa sedikit sebanyak apa yang aku buat dah men'psycho'kan Omar.

Masa tengah menyiapkan diri nak ke tempat kerja, sempatlah pasang telinga dengan topik Tanyalah Ustaz, TV9. Antara yang sempat aku dengar (tapi tak sempat tengok):
  • Akhlak anak tu terbentuk dari rumah
  • Tak boleh nak bergaduh/marah2 pasangan depan anak
  • Perbuatan yang ala-ala WAR ni sedikit sebanyak akan mempengaruhi anak, selain dari video yang ditonton
Tiba2 aku terfikir, kadang2 aku ni selalu bergurau kasar dengan en zool. Bahasa tu mungkin kasar sikit. Kalau biasa panggil *panggilan*, kalau datang mood gurau kasar tu mule lah gune macam panggil kawan2. Hurmm.. Tu pon boleh "psycho" kan Omar ke? *duduk termenung dan berpikir*

Nota kaki: Bahasa melambangkan bangsa. Bahasa mencerminkan diri kita yang sebenarnya



No comments: