Monday, June 13, 2011

Salam


Memberi salam hukumnya SUNAT...
Manakala hukum menjawab salam tu adalah WAJIB...
*Sume org pon tau kan mende nih*

Tapi ade tempat-tempat tertentu dan masa-masa tertentu di mane kiter di MAKRUH kan menjawab salam:

  1. Orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk )
  2. Orang yang sedang berada didalam tandas
  3. Orang yang sedang makan dan minum
  4. Orang yang sedang berperang
  5. Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa
  6. Orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah )
  7. Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat
  8. Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
  9. Orang yang sedang azan dan iqamat.
  10. Orang yang sedang qada’ hajat.
  11. Orang yang sedang bersama isteri (jima’)
  12. Orang yang sedang iqamat
  13. Orang yang sedang mabuk.
  14. Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
  15. Orang yang sedang solat
  16. Orang gila
  17. Kanak-kanak
  18. Orang yang mengantuk @ sedang tidur
  19. Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
  20. Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah
  21. Sesiapa yang memberi salam ditempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab…

Sumber: Tanyalah Ustaz TV9

(from penulis) >>Kesimpulannya, kalau kiter bagi salam, org tak jawab, sile tgk org tu tgh buat ape..Jgn teros nak main jerkah je...Sekian.



No comments: