Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 8, 2011

Sabarlah Wahai Hati


Aku yang masih belum berputus asa walaupun hati ni dah ada sedikit bengkak. Aku call lagi PTPTN hari ni seawal jam 8.45am *government masuk jam 8.30am kan?*. Semalam aku dapat get thru diorg jugak jam 3 lebih. Itu pon setelah melalui fasa "Anda adalah pemanggil ke-14. Sila tunggu sebentar", "Anda adalah pemanggil ke-2. Sila tunggu sebentar."*adelah dalam 5 kali*,"Sila tunggu sebentar. Anda akan disambung kepada pegawai khidmat pelanggan kami". Putus. Call balik.

Ok. Khidmat pelanggan (name adalah dirahsiakan. Beliau tidak bersalah) kata status aku "PTPTN sedang mencari surat perjanjian asal" dan beliau akan call aku balik by 5.30pm. Tapi sampai sudah takde call pon *terlupa kot -berbaik sangka-*

And pagi ni lepas dapat get thru orang lain, aku dah receive email from one of staff PTPTN.


Salam,

Hasil semakan menunjukkan status permohonan ujrah pihak tuan masih dalam semakan perjanjian asal (berstatus 8). Untuk makluman data yang berstatus 8 bagi kes multiple data masih di dalam proses semakan di unit SPP dan Perjanjian yang mana akan mengambil masa beberapa bulan sebelum ianya dapat diproses semula.

Sekian, Harap Maklum.


 Sila refer pada ayat yang aku dah BOLD kan tu. Beberapa BULAN??? Apekah??? Bukan ke due date permohonan Ujrah ni sampai 30 September 2011 aje???

Aku yang semakin confuse bertambah lagi confuse. Aku yang semakin marah bertambah lagi marah. Sabarlah wahai hati.


 

5 comments:

Anonymous said...

sabaq ja la..nak buat lagu mana...bab nak dapat duit kita bukan main lagi depa ni...

fafarafa said...

aku xamik pon ujrah ni.. aku maintain yg 3%.. sbb kalo 3% boley bayar banyak or sikit tiap bulan, ikot pada budget ko bulan tuh..

kalo yg 1%, bayaran dah tetap.. then potong gaji.. kalo keje gomen ok la.. masuk gaji on time... keje swasta ni, masuk gaji ikut sukahati makpak die kengkadang..

bile aku wat calculation sendiri.. balance hutang aku dlm 25k.. kalo guna ujrah 1% tuh.. untung dlm 2k ar camtuh..

pastuh tiap2 bulan kene bayar rm400++.. kalo aku maintain 3%, aku bayar ikut budget bulan tuh (selalunya dlm rm200 sebulan aku bayar)..

sekian, pendapat saya..

Corat Coret Ain said...

@ fafarafa

kalau yg 3% tu dah kire conventional. yg 1% tu islamic. pembayaran dier bukan ikot mcm 3% tu ker? (dapat schedule pembayaran). as of now, ain bayar ikot schedule yg PTPTN dah kasik. Means bukan bayar ikot suka.

Yang bab tolak gaji tu,mmg admit la.Tp ain tak kisah sangat bab yang tu. Tapi yang ain kisahkan BETUL KE RM400 tu FIX EVERY MONTH. Mohon share.

fafarafa said...

aku pinjam utk dip & degree.. so ble calculate kene la bayar rm400 sebulan(if amik yg 1%)..

aku pikir mcm nak bayar lumpsum jek ar.. abis cerite..

tp tuh la, tengah pikir ni nak gadai ape.. wakakakakaaa

Corat Coret Ain said...

@ fafarafa
tak jugak la kak..PTPTN akan kasik schedule. Thn pertama kene bayar sekian2. and makin bertambah thn,amount kene bayar makin naik. and lg cepat kiter abes bayar.

ituler.ramai jugak yg buat personal loan bayar lump sum kat ptptn tp ain masih lom brani nak buat loan lg nih..tgg bonus berlipat2 dulu..muahahaha(^_~)