Monday, December 6, 2010

Homemade Pizza


Waktu ade kelapangan + kerajinan, maka akan berasaplah oven dirumah...
maka bertambahlah bil letrik...
seb bek tahap kemalasan tu lg byk dr kerajinan...klu x,melambung2 bil letrik kat umah kami...wakakakaka...*inila alasan paling relevant bg org yg malas mcm aku!sile lempang laju2

Resepi mcm biase...telah di amek dari sini dan sini..

Bahan-bahan doh pizza:
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

Bahan-bahan topping:
3 batang sosej daging
hirisan gegelang red capsicum
hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat
keju mozzarella, hiris nipis2 (klu suke cheese,letak banyak pon takpe)
tomato dipotong dadu (buang biji)
p/s: bahan topping ni tak terhad. bleh letak ape2 bahan yang kita suka. nak gantikan sosej ngan seafood pon boleh. depends on selera masing2 :)
p/s lagi: tomato tu kalau tak nak letak pon takpe...kadang2 bila kite masuk oven,akan jadi berair (tomato mencair)

Bahan-bahan sos:
tomato puri
lada hitam
basil
p/s: sos pon bleh diganti dengan sos tuna, sos lada hitam dan sebagainya..

Cara-cara:
UNTUK DOH:
1) Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas (except mentega dan tepung untuk ditabur). Gaul rata hingga bersatu.
2) Campurkan mentega dan gaul sehingga doh kenyal. *Tabur tepung if doh tu still melekit
3) Bulatkan doh dan biar 45 minit dalam peti ais sampai naik sekali ganda.

UNTUK PIZZA:
1) Panaskan oven pada suhu 190C.
2) Sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci digris dgn sedikit mentega. Ketepikan.
3) Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar.
4) Ambil satu dari 2 doh tu, tabur sedikit tepung dan canai bulat.
5) Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal (macam kat pizza hut).
6) Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susunlah lawa2 bahan topping atas pizza dan diakhiri dengan hirisan keju mozzarella.
7) Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan.
8) Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
9) Sedia dihidang.


Selamat Mencuba!




2 comments:

rozita said...

mmm...sedapnya pizza tu..rajin nyer la masak...i like..best kan dapat masak2....nyum--nyum..nyum...

Nurul Ain Umor said...

hehehehe...klu buat menjadi,baru rase seronok...klu tajadik,rase tak puas jek...(^_~)