Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 29, 2010

Kari Ikan Portugis

Apasal name dier Kari Ikan Portugis? Sile jgn tanya sbb aku pon tataw...
agaknyer org portugis tak makan kari letak santan kot...
Kari ni mmg tapakai santan langsong...kari ngan air smate2...

dok boring2 kat umah,aku terjumpa resepi ni kat magazine2 lame..
klu tasalah, majalah SAJI edisi JULAI 2008 rasenyer...gile pny lame...(^_~)



Bahan-bahan:
3 keping ikan tenggiri – aku guna siakap

Bahan A:
*2 ulas bawang besar
*3 ulas bawang putih
*3cm halia
Kisar semua bahan A

Bahan B:
2 biji tomato –dihiris
3 biji cili hijau – dihiris
1 batang serai – ketuk

Bahan C:
½ sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih

Bahan D:
Daun kari
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili kisar
½ sudu besar serbuk kunyit
½ sudu kecil stok ikan bilis
Garam

Cara-cara:
1) Panaskan minyak dan tumis bahan A dan bahan C hingga naik bau.
2) Kemudian masukkan bahan B dan bahan D.
3) Masukkan air secukupnya.
4) Masukkan ikan. Kacau sebati.
5) Masak sampai kuah mendidih.

Sekian!
Selamat Mencuba (^_~)

No comments: