Alhamdulillah... Aku selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki yang comel seberat 2.2kg pada 17 November 2012 di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi.
Now, i have two heroes. Erm... 3 heroes actually (plus ayah mereka).
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kejadian 17 November 2012,
9pagi.
Perut memulas-mulas. Dalam hati, mungkin akibat makan seafood di Melaka malam tadi -food poisoning,mungkin. Aku ke
toilet dan mulakan operasi. Pheww~~ Lega. Sakit mencucuk-cucuk (seperti mahu memerut) datang lagi. Aku fed-up, duduk sahaja dalam toilet. Aku lihat En Zul rileks saja bergolek-golek di ruang tamu. Aku tanya sama ada dia ada alami sakit seperti aku (apa yang aku makan malam tadi sama yang dimakan oleh En Zul). Dia hanya menggeleng. Aku mula panik. Mungkinkah???
Aku mula berkongsi kerisauan dengan En Zul. "Due date kan lambat lagi, bukan bulan 12 ke?"Dia cuba mententeramkan aku dan dirinya,barangkali. Ya! 11.12.2012 tarikh aku dijangka bersalin.
10 pagi
Perut aku mula memulas-mulas hampir 15 minit sekali. Hati aku mula katakan mungkin ini masanya. Aku kemaskan pakaian dan apa yang patut. Dan ketika aku sedang bersiap-siap, bunyi pop dan diikuti dengan air keluar dari bahagian itu. Air ketuban! Aku beritahu En Zul. Dia yang sedang lepak-lepak lantas bangun mengejutkan Omar. Mandi. Packing apa yang patut
Oh~~Tertekan. Barang-barang baby, patutnya kami plan beli pada hari ini. Oh~~ Pity you,baby...
11.15 pagi
Kami bergegas ke Pusat Rawatan Az-Zahrah. Aku perhatikan jam, kesakitan itu datang setiap 3 minit sekali.
11.45 pagi
Aku di bawa ke aras 3, bagi melihat bukaan. 5cm! Terus dibawa ke labour room. En Zul call dan aku beritahunya supaya jumpa aku di labour room. Aku ingat aku sahaja yang terkejut rupanya En Zul pun sama.
Sakit still under control. Sehinggalah aku diberikan drip (untuk mempercepatkan
contraction) selepas diberikan ubat pelawas. En Zul tiada bersama kerana sibuk menguruskan Omar dan pendaftaran aku.
Kesakitan dah berada diparas maxima. Doktor tiada. En Zul pun belum tiba. Aku genggam tangan nurse yang ketika tu sedang memerhati graf jantung baby. Aku katakan yang aku sudah terlalu sakit. Dan nurse bertugas katakan pada aku, yang ubat drip masih baru dimasukkan. Lambat lagi, katanya. Aku tak puas hati. Aku tetap suruh dia tengok juga. Dan ketika itulah, labour room hingar seketika kerana baby sudah hampir keluar. 2 orang nurse sibuk menguruskan kedudukan aku manakala seorang lagi pergi memanggil doktor Noraini dan En Zul. Aku hanya
push apabila datang sakit. En Zul juga membantu memberikan motivasi pada aku dan akhirnya....
12.13 tghari
Zuriat ke-2 kami selamat dilahirkan. Tanpa sempat aku ambil segala ubat -bagi kurangkan kesakitan. Aku rasai 100% kesakitan itu. Begitulah mak aku rasa waktu melahirkan aku. Sekarang ni, giliran aku pula.
Puas.
Inilah dia, baby yang dah tak sabar-sabar nak jumpa ommy, ayah dan abang Omar.
Semoga kamu menjadi anak yang soleh, taat pada perintah Allah dan yang menyenangkan hati ommy dan ayah. Juga anak yang akan mendoakan ommy dan ayah sewaktu kami hidup dan telah meninggal dunia. Amin
p/s: maaf entry dah lebih sebulan selepas kelahiran baru sempat di muat naik.