Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 29, 2010

SOTONG/ UDANG GORENG CILI

Ini adalah kesan-kesan kene force leave sminggu oleh TM...
Baru 2 ari cuti aku da trase boring tahap gaban...
Maka,dengan itu...aktiviti sampingan harus dibuat...*wahhh...memasak adalah aktiviti sampingan ye kawan2... =)


Bahan-bahan:
500g Sotong/ Udang – digoreng
*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*2 cm halia
*1 biji bawang besar
3 sudu makan sos cili
1 sudu makan cili boh
2 sudu makan sos tiram
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk perasa –Optional. Aku x letak

Kisar semua bahan yang ditanda *
Cara-cara:
1) Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar sehingga berbau harum.
2) Kemudian masukkan cili boh. Kacau sampai pecah minyak.
3) Masukkan sos cili, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
4) Masukkan sotong/ udang yang digoreng. Gaul rata sehingga sebati.
5) Angkat dan sedia dihidang.

Sekian! (^_~)

1 comment:

rozita said...

mmm, baguih la tu ain..hobi masak2...ita jugak dak cuti pown...melangut kt opis ni..tadak keje...boring giless....