Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 23, 2011

[Hujung Minggu #3] Lesen Memandu


Omar dah lulus ujian memandu. Lepas ni boleh lah atuk belikan kereta BMW Sport untuk Omar. Boleh racing kat kampung Rembau.

Lokasi: Tanjung Emas, Muar
Aktiviti: Lesen Memandu. RM6 untuk 15minit

Kasi setting baik-baik dulu

Layan Cik Kadir

Riang Ria 




Nota kaki CCA: Maaf ya. Cerita agak lapuk. Hehehe. :)



Tuesday, December 13, 2011

4 Hari 3 Malam @ Kuala Kubu Bharu


Percutian yang ditaja oleh pihak  syarikat ini adalah aktiviti memantapkan skill menembak!
It's SALES BOOTCAMP!!!


Let's picture do the talk. Tak larat nak taip panjang-panjang.















Keseluruhannya, I SURVIVED BOOT CAMP !




Wednesday, December 7, 2011

I'm Away





Ommy pasti akan merindui kalian. Take care, love!
Ayah, you can do it... :)


Tuesday, December 6, 2011

[Hujung Minggu #2] Zoo Negara


Disebabkan hari Sabtu en zool kena kerja, beliau telah dikenakan denda oleh Omar *tapi aku yang lebih sebenarnya*. Kitorang (konon macam Omar dah pandai berkata-kata) ajak en zool jalan-jalan ke Zoo Negara, hari Ahad.

Macam kebiasaan, Omar akan bangun mendahului semua orang dalam rumah. Aku pun prepare nasi goreng sebagai bekalan ke Zoo Negara. Orang lain pukul 9 dah terpacak kat sana tetapi kami matahari dah tegak baru sampai. Kes ada anak kecil dan jarak perjalanan jauh. Alasan!

Maklumat tambahan.

Bagi aku, bayaran masuk ke Zoo Negara agak sedikit mahal. Tapi memandangkan ini kali pertama kami bawa Omar, jadi tutup mata sahajalah masa proses membayar. Tak mahu menaip banyak-banyak. Jom tengok gambar.













Selamat tinggal Zoo Negara. Family potrait tak sempat nak ambil.


Setelah penat menonton haiwan-haiwan, inilah hasilnya.


Pesanan CCA: Kalau dah pergi tempat-tempat seperti ni, kena standby makanan + air yang secukupnya. Sebab harga makanan + minuman yang ada di jual di kedai-kedai jualan kat dalam Zoo Negara ni adalah sangat mahal. Air tin pun RM2.50. Apakan lagi benda-benda yang lain. Hurm...



Tuesday, November 29, 2011

[UlangTahun] 1 Muharram 1433


Genaplah usia perkahwinan kami yang ke-2. Pejam-celik-pejam-celik dah ada anak seorang dah kami ni. Usia Omar pon dah menghampiri 1 tahun. Alhmadulillah.

Masa nak bernikah dulu tak ada gaduh-gaduh pasal pemilihan tarikh. Aku serahkan semuanya pada en zool. En zool cadangkan 1 tarikh dah aku terus setuju *Gatal sangat nak kahwin. Dah tak nak serabut pasal tarikh. Hahahaha* 

Tanggal 1 Muharram 1431 bersamaan dengan 18 Disember 2009, Jumaat selepas solat Asar di Masjid Besar Putrajaya, aku selamat berhijrah dari gelaran bujang ke gelaran yang baru, isteri. Tiba-tiba rasa nak sob sob.



Selamat Ulang Tahun Perkahwinan, sayang! Love you banyak-banyak.

CCA: timeline nak berfeeling-feeling anniversary lama lagi ni. Dari 1 Muharram - 18 Disember. Ok. Nak plan cuti-cuti lah.


Thursday, November 24, 2011

Hamba Duit


Janganlah kamu ingat kamu ada duit, jadi kamu boleh beli orang-orang disekeliling kamu. Tak perlu jadi hamba duit. Tak perlu membangga-bangga dengan duit kamu.

Dengan duit, kamu rasa orang boleh dengar cakap kamu.
Dengan duit, kamu rasa orang boleh ikut cara kamu.
Dengan duit, kamu rasa orang akan hormat kamu.
Dengan duit, juga kamu rasa orang akan memuji-muji diri kamu.

Hakikatnya dari mana datangnya duit tu? Halal kah? Haram kah?
Hanya kamu dan LABU-LABU kamu yang tahu.

Sesungguhnya yang HALAL itu TERANG dan yang HARAM itu juga TERANG. Wallahu'alam.



Thursday, November 17, 2011

Telekung Murah, Qualiti Mahal wooo


Untuk sesiapa yang berminat untuk menghadiahkan kepada diri sendiri, ibu, kekasih, tunang, isteri, nenek dan sewaktu dengannya, bolehlah membuat demikian dengan meninggalkan jejak di tauke Telekung Cherry Blossom Sakura.

Ciri-ciri telekung:
1) Melekap di dahi. Makanya tak perlulah nak pakai anak tudung lagi. Dengan yakinnya rambut tidak akan berterabur di muka
2) Ada sulam-sulam Cherry Blossom Sakura
3) Labuh? Sila tanya tuan tanah
4) Sesuai dijadikan hantaran dan hadiah



Pesanan CCA: Jangan jadikan telekung ini sebagai hiasan almari sahaja tau.


Wednesday, November 9, 2011

[Hujung Minggu] Kami



Bangun pagi terus Jalan-Jalan-Isi-Perut. Mencari sarapan nun sampai ke Nilai. Berbaloi. Balik rumah, rendamkan Omar dalam pool. Main sampai kecut-kecut ya. Terima kasih abang Adam sebab tinggalkan pool kat rumah Omar :)



Sambil tu, en zool memulakan kerja-terlebih-rajin beliau dengan menge-cat bilik air. Bukti kerajinan yang di tahap tak-tau-nak-kata-apa. Tak perlulah muat naik kan gambar aktiviti tersebut. Takut nanti semua tak lalu nak makan. Tetttt...

Bila dah menginjak ke petang, masing-masing dah panas bontot terutama Omar. Jom pergi jalan. Sampai Sunway Pyramid jalan-nya. Terus text mak-angkat-yang-mengaku-kekasih Omar. Text di balas. Hampa.
I kat kedah nih... Kazen Isma kawen... Alaa...Xdpt jmp Omar lg (lebih kurang begitu la text yang di balas)

Sunway Pyramid. Perasaan hantar mesej ke otak Nak beli baju dan seluar dan sandal-lah. Senyum.



Cari-punya-cari-punya-cari, tak ketemu apa yang dicari. Hampa lagi. Jom jalan IOI nak (edisi mencuba nasib). En zool angguk tanda setuju. Yeeehaaaa...


Memang hari ini sangat Hampa. Tak ada satu pun yang berkenan di hati. Tapi, en zool sempat merembat khakis-2-helai dan sandals-1-pasang. Orang kurus senang kot nak cari barang... Aduhaiiii... Cemburunya!

Sandal macam ni pun dah berpuluh-puluh RM. Isk..Isk..



[Sembang-Sembang] Simple dan simple-not



Perbualan antara dua orang rakan.

Rakan A: Apalah kamu ni. Nak goreng telur yang SIMPLE macam tu pun tak reti. Teruk betul lah.
Rakan B: (membisu seketika). Ok. Lepas ni kita masak kari ayam ye.
Rakan A: Errrrr... Kari ayam?  Tak reti buat lah.
Rakan B: (masa ni lah nak kutuk balik. Tapi tahan) Jom aku ajar.

(perbualan hanyalah lakonan semata-mata :p )

Tak semestinya benda yang A rasa SIMPLE, B pun rasa SIMPLE yang sama. B mungkin tak tahu nak goreng telur tapi B tau masak kari sedap yang mana A rasa sangatlah SIMPLE-NOT.

Memang dalam kehidupan kita ni, memang kita dah biasa dengan situasi seperti ni. Tak kiralah kat pejabat ke sekolah ke rumah ke jalan raya ke atau mana-mana.

Kadang-kadang bila sesuatu benda tu kita dah pandai, kita mulalah nak perlekehkan orang lain. Kononnya benda sesenang kacang Ngan Yin tu pun kita pelik bila orang lain tak reti buat. Tapi sebenarnya kita tak tau yang orang yang tak reti buat benda yang pada kita senang tu, pandai buat benda lain yang susah pada kita.

Kan semua orang ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Tak semestinya semua benda yang kita tahu tu, orang lain tahu/patut tahu dan tak semestinya ape yang orang lain tahu, kita pon tahu.

Kalau salah, perbetulkan. Bukan mengata.
Kalau silap, tegur. Bukan mencaci.
Kalau terlupa, ingatkan. Bukan memaki.





Thursday, November 3, 2011

Puan Hafisha (Tolong Baca)



Kenapa saya tak boleh komen kat blog kamu? Nak komen kat entri ...Siap... tu.
Mohon feedback. :)


Sekian.


Monday, October 31, 2011

Tempoyak


Pakcik Muid, bekas jiran Salak Tinggi aku pernah bagi 1 bekas berisi tempoyak (read: terima kasih pakcik. I'm lovin' it). Memang terbaiklah tempoyaknya. Makan dengan nasi kosong pun masih lagi marvelous! en zool tak suka tempoyak. Jadi, aku pun balun makan sampai kembung.

Sehinggalah tempoyak habis, bekas yang di basuh masih mengekalkan aroma yang wangi lagi. Aku pun ambil bekas tempoyak dan isikan kentang dan lobak merah yang telah direbus. Lenyek-dan-lenyek-dan-lenyek. Aroma lobak merah, kentang dan tempoyak bersatu menjadi haruman-yang-tak-boleh-ditandingi. Sedia disuap ke dalam mulut Omar. Dan aku tengok reaksi muka Omar. Muka biasa-biasa sahaja. Dan Omar menganga untuk kali kedua. Yes!!! Berjaya!!! Tak sia-sia aku telan durian dan tempoyak banyak-banyak masa mengandung dulu.


Super-Duper Annoying



Sejak dua menjak tiga menjak dan banyak-lagi-menjak ni, aku terasa seperti aku ni super-duper-duper annoying lah (*sangat*). Kenapa terasa seperti tu? Sebab aku rasa, kekerapan aku bercerita tentang anak sangatlah-terlalu banyak. Tak percaya? Tolonglah tanya manusia-manusia yang selalu berdamping dengan aku. Di pejabat mahu pun di rumah mahu pun di jalanan mahupun di alam mimpi. Aku tanya orang pasal itu-ini tapi semuanya berasaskan dan berhubungkait tentang anak. Kenapa anak macam ni eh? Kenapa anak macam tu eh? Memang kena macam ni ke? Memang begini ke kalau anak umur sekian...sekian? Sampai aku sendiri rasa macam...Ehhh, dengan orang yang belum kahwin pun aku cerita tentang anak? Kenapalah sangat annoying kamu ni Ain? Macam tak masuk je kan?Nasiblah mereka layankan je pe'el aku yang swing-tanpa-diundang ni *walaupun mungkin mereka juga bosan sebenarnya?sorry guys! (T_T)*

Inilah perasaannya bila dah ada anak,mungkin. Dalam keadaan anak yang semakin mahu membesar, aku terasa seperti aku perlu beri didikan yang sepatutnya. Yang sempurna yang aku pasti takkan semuanya menjadi sempurna. Kena belajar bagaimana cara didikan yang berkesan. Kena berfikir tentang jaminan pembelajaran dan masa depannya. Macam-macam lagi. Atau aku ke yang terlalu banyak berfikir? Atau aku yang terlalu mahu semuanya perfect? Serabut kepala dibuatnya.

Untuk dapatkan yang terbaik, kita harus lakukan yang terbaik. Dan aku banyak belajar dan mendengar motivater dan ustaz-ustazah di televisyen dalam ceramah mereka semua berkata "Perubahan harus dimulakan dengan diri kita sendiri sebelum kita mengubah diri orang lain". 

Firman Allah: Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum, kecuali kaum itu sendiri mengubah diri mereka sendiri (Surah Al-Ra`d, ayat 11).




CCA: Lepas ni kalau aku merepek lagi, tolonglah aku untuk hentikan repekan itu. Dan tolonglah abaikan/muntah kalau kamu rasa ayat aku ni sangat skema. Sekian!


Thursday, October 27, 2011

[Outdated Photos #2] Bila Omar Demam...



Kalau dah lama sangat demam tak kebah-kebah + suhu naik mencanak-canak, terpaksa gunakan alternatif lain. AIS!

Khas untuk Omar. Ada love-love dari Ommy dan star-star dari Ayah



 Sesi membasahkan badan. Steadylah Omar!




Alahai...Siannya budak kecik ni.


Congratulations All -Unimas 15th Convocation



Excited bercampur bangga bila universiti tempat aku menuntut ilmu dan menjalani hidup diperantauan selama 3 tahun terpampang di televisyen. Ditambah pulak dengan keterujaan-yang-melampau bila tengok dewan baru!

Oh sangat bertuah anda semua yang konvo! Dapat bergambar dewan yang tersergam indah. Besar!

Biarpun dah terlewat namun tetap nak wish: Unimas clans -Tahniah semua... Happy convo... (^_~) UNIMAS dihatiku.



Nota jari-jari tangan CCA: Sila abaikan televisyen second-hand itu