Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 31, 2011

Super-Duper Annoying



Sejak dua menjak tiga menjak dan banyak-lagi-menjak ni, aku terasa seperti aku ni super-duper-duper annoying lah (*sangat*). Kenapa terasa seperti tu? Sebab aku rasa, kekerapan aku bercerita tentang anak sangatlah-terlalu banyak. Tak percaya? Tolonglah tanya manusia-manusia yang selalu berdamping dengan aku. Di pejabat mahu pun di rumah mahu pun di jalanan mahupun di alam mimpi. Aku tanya orang pasal itu-ini tapi semuanya berasaskan dan berhubungkait tentang anak. Kenapa anak macam ni eh? Kenapa anak macam tu eh? Memang kena macam ni ke? Memang begini ke kalau anak umur sekian...sekian? Sampai aku sendiri rasa macam...Ehhh, dengan orang yang belum kahwin pun aku cerita tentang anak? Kenapalah sangat annoying kamu ni Ain? Macam tak masuk je kan?Nasiblah mereka layankan je pe'el aku yang swing-tanpa-diundang ni *walaupun mungkin mereka juga bosan sebenarnya?sorry guys! (T_T)*

Inilah perasaannya bila dah ada anak,mungkin. Dalam keadaan anak yang semakin mahu membesar, aku terasa seperti aku perlu beri didikan yang sepatutnya. Yang sempurna yang aku pasti takkan semuanya menjadi sempurna. Kena belajar bagaimana cara didikan yang berkesan. Kena berfikir tentang jaminan pembelajaran dan masa depannya. Macam-macam lagi. Atau aku ke yang terlalu banyak berfikir? Atau aku yang terlalu mahu semuanya perfect? Serabut kepala dibuatnya.

Untuk dapatkan yang terbaik, kita harus lakukan yang terbaik. Dan aku banyak belajar dan mendengar motivater dan ustaz-ustazah di televisyen dalam ceramah mereka semua berkata "Perubahan harus dimulakan dengan diri kita sendiri sebelum kita mengubah diri orang lain". 

Firman Allah: Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum, kecuali kaum itu sendiri mengubah diri mereka sendiri (Surah Al-Ra`d, ayat 11).




CCA: Lepas ni kalau aku merepek lagi, tolonglah aku untuk hentikan repekan itu. Dan tolonglah abaikan/muntah kalau kamu rasa ayat aku ni sangat skema. Sekian!


No comments: