Friday, October 21, 2011

Abang Jo...Oh...Abang Jo



Akibat dari terlewat bangun pagi, maka tiadalah aktiviti menyiapkan sarapan. Dan tiba-tiba rasa bersalah pada en zool datang menyerbu.
Sorry darl, tak sempat nak prepare breakfast. Takpe, i belanja u breakfast ok? *Ayat yang sekadar diungkap dalam hati*

CCA: Jom kita tapau (tapau= bungkus= take away) nasi goreng depan (area rumah kami) ni nak? *muka bersalah*
en zool : (sekadar menggeleng)
CCA: (ulang soalan yang sama sambil pandang muka en zool) *alamak...marah ke?*
en zool: (pause) Makan dekat Dengkil la kat tempat yang kak Lin cakap tu.
CCA: Ok *muka ceria*


Speacilist in Nasi Lemak dan Roti Canai ONLY. Tang specialist tu, aku main hentam je. Tapi kat gerai ni memang jual nasi lemak dan roti canai sahaja. Air perlulah ada. Tadaaaa....Gerai Jo.




Disebabkan aku sedang berdiet, maka dengan itu aku hanya order roti telur dan milo o ais SAHAJA *diet sangat!* En zool pon berkongsi selera yang sama.

Oh. Aku nak kasik rate boleh? Aku kasi 2 out of 5. Makanan kat sini bukanlah tak sedap. *Sedap pun tak, tak sedap pun tak -based on tekak aku ye-* Tapi yang buat aku kasi rate macam tu ialah kerana tukang ambil pesanan a.k.a waitress tu. Muka kelat ya amat. Hello. Akak baru bangun tidur ke? Or ada orang paksa akak buat kerja ke? Kalau ye pun penat malam tadi kerja overtime, janganlah buat muka (=.=) masa ambil order. Orang yang macam aku ni elok-elok senyum, tiba-tiba boleh transform.

Dah lah roti telur dapat lambat. Air pun sama. Lempiaskan rasa marah dalam hati je la. Inilah akibat kalau dia dah tunjuk bad impression. Habis semua aku rasa salah. Tapi aku faham "1st come 1st serve" la kan?

Ok. Perut kenyang. Hati tak senang *Sila senyum*. Jom pergi kerja.



1 comment:

Anonymous said...

Saya setuju sgt.... Servis kat kedai jo ni mmg teruk. Waitress dia tu ambik order tp punya lama tggu mknan x sampai2. Order sekali lg.. Tggu lagi... Baru sampai nasi lemak, tp roti x sampai2 sudah.. Bengang gile mkn kat kedai ni..tambah bengang bila tengok meja sblh yg dtg kemudian dah dpt mknan yg di order..