Balik dari Ikea dan Meru (aktiviti Deepavali), singgah rumah mak abah di Putrajaya. Perut masing-masing dah berlagu. Macam-macam lagu ada. Disebabkan hujan, jadi order delivery aje lah. Aku pun call Dominos Pizza.
Selesai order, operator cakap penghantaran akan dibuat dalam masa 30min. Kalau lebih 30min, boleh minta baucer Dominos dari riders diorang. Ok. Terus tengok jam. Sekarang pukul 8.45pm. Delivery mesti sampai jam 9.15pm. Sempatlah pujuk perut supaya tahan sikit.
Sampai pukul 9.40pm, bau-bau pizza still tak de lagi. Aku dari lapar dah jadi kenyang jadi lapar jadi kenyang balik. Yang lain semua muka dah macam-macam dah. Aku call sekali lagi.
Maaf ya cik. Saya tengok GPS ni, riders dah ada dalam lokasi rumah cik. Lagi 15min, riders kami akan sampai.
Ok. Terima kasih. Saya akan tunggu.
Sampai pukul 10pm pun masih tak sampai-sampai juga. Aku cekal je call operator.
Apa ni? Dah pukul 10 pun, pizza tak sampai-sampai lagi? Tadi kata 30 min lepas tu tambah 15 min. Sekarang nak tambah berapa minit lagi?
Maaf ya cik. Riders akan sampai secepat yang mungkin.
Adik-adik aku dah keluar masuk nak tengok riders tu dah sampai ke belum. Tahap kesabaran dah di tahap klimaks. Campur tahap penat. Mula lah nak meletup volcano ni. Aku dah malas nak call. Adik aku pun call (hati memang geram). Terus batalkan semua pesanan @ 10.15pm. Capai laptop. Buat aduan. Geram! Dan aku bersama en zool dan Omar kemas-kemas barang terus balik ke Salak Tinggi dengan perut yang berrock kapak dan mata yang layu.
Macam mana kamu punya servis ni wahai Dominos Pizza? Riders yang mengulat ke semua orang mengulat? Padahal Dominos yang letaknya di Presint 8 tu takdelah jauh mana pun dengan rumah parents aku di Presint 9. Adoii. 1jam setengah bukan sekejap ye. Memang sangat panas!
30-Minutes Delivery Guarantee!
Domino's is the only pizza company that guarantees your order will arrive within 30 minutes or we'll give you a free Regular Pizza voucher!
Boleh percaya ker?? Memang tak lah!!!
No comments:
Post a Comment