Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 19, 2011

Mentaliti Teruk!


Sebelum ni kita asyik dengar pasal kes pembuangan bayi je kan? Sekarang ni pulak heboh pasal mentality manusia zaman alaf baru. Yang berlaku baru-baru ni di Beijing China. Anak kecil berumur 2 tahun digilis kereta. Orang boleh buat tak tahu je.Sorang pun tak ambil apa-apa tindakan. Anak kecil tu menanggung sakit adalah lebih kurang dalam 18min (Read: Kita yang besar ni kalau sakit yang 2-3 minit tu pun dah rasa azabnya, apatah lagi anak yang baru berusia 2 tahun). Still alive dan meraung-raung. Sehinggalah lori ke-2 lenyek anak kecil tersebut. Dah macam sotong dah rupanya. Kaki kecil anak tersebut hancur. Difahamkan anak tersebut mati otak. Dan berita semalam menyatakan bahawa anak yang namanya Yuyu dah pun mati.

Aku juga baca dari sumber-sumber lain yang mengatakan, orang yang melanggar Yuyu dah menyerah diri. Yang paling tak tahan statement laki tu:

  • Semasa kejadian, dia sedang bergaduh dengan teman wanita (on the phone)
  • Mamat tu berhenti kejap and tengok ada darah
  • Kemudian dier berfikir, baik "org" ni mati. Kalau "org" ni hidup, dia terpaksa tanggung kos perubatan yang mana lebih banyak dari kos pengkebumian
Memang bengang ok bila aku baca kenyataan-kenyataan mamat tak bertanggungjawab ni! Kalau nak tengok lanjut, boleh cari dekat youtube. Aku tak sampai hati nak letak link kat sini. Sekian

CCA: Apa punya mentaliti la manusia sekarang ni. Mana letak perasaan yang Allah kasi? Memang takde hati perut betul. 


No comments: