Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 21, 2011

Puding Roti


Entri yang tertangguh akibat lmbt sgt transfer gamba + menguruskan baby besar yg kurang sihat + baby kecik yg asik nak bergayot jeee... Entri ni sharusnya ade gamba kan?Baru excited sket...

Credit to kakHana coz this recipe, i grab from her...Thanx kak..Muah2..

Agak berjaya gakla wlupon tak secanteq tuan pny resepi... Janji mr.Asben kate sedap n dier suke,so lepas ni bleh buat lg...Actually, aku tak ikot sukatan sangat pon (sbb x cukup equipment utk sukat2)... But still aku ikot ingredients asal... Blom berani nak edit2 lg... Sangat simple klu nak buat especially org yg "RAJIN" mcm aku... Here we go...


Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys

Cara-cara:
1) Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
2) Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn).
3) Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
4) Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
5) Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
6) Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
7) Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.

Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.



Selamat mencuba... (^_~)

No comments: