Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 15, 2011

Aqiqah


Last week buat aqiqah for Omar kat Rembau (kampong wan) secara sederhana... Plus, mak pangey org masjid buat marhaban skali without buat cukur jambul (which is adat orang melayu yg terikot2 budaya org india -info from Tanyalah Ustaz)... Alhamdulillah, sumenyer berjalan lancar...

Cerita pasal cukur jambul, amalan ni mmg diturunkan dari zaman tok nenek moyang kiter... Tapi mengikut syariat Islam, istilah "cukur jambul" mmg x wujud... Dalam Islam, memang bayi digalakkan bercukur sehingga botak dan bukannye cukur jambul (cukur sket rambut baby dan letak dalam buah kelapa)... Byk lg amalan2 yg mak bapak zaman skang buat kat baby yg melanggar syariat Islam... Cthnya berendoi... Untuk info lanjut, klik sini ...

Petikan/ Sumber: Utusan Malaysia Online

"Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini."

Berbalik pd aqiqah Omar, macik2 marhaban tu pon dok tanya:
"eh,tade buat cukur jambul ker?"
"nape dah dibotakkan rambut budak ni?"
Kitorg dah agak dah,mesti orang akan tanya... Tu sume common question... Kitorg ni pon bukannye alim sangat... Tapi bile dah belajar and dah taw, takkan still nak buat and ikot adat2 yg bertentangan kan? Kalau ikot sunah nabi, menamakan anak+bercukur+aqiqah+tahnik dibuat pd hari ke-7... Mr.asben just cukur kan Omar mase ari ke-7 je (rambut tu kene timbang dgn harga emas/ perak and disedekahkan kepada fakir)... Namakan anak dan tahnik,dah dibuat awal dan buat aqiqah lepas sbulan Omar lahir (permintaan kuarga -buat lepas aku abes pantang 44 hari)...


Mangsa yang telah dikorbankan

Omar elok jek tido time org berzanji/marhaban... Bgn kejap mintak susu, then tido balik... Time kasih banyak2 kat kazen2 n sdare2 yg banyak membantu especially wanlang Omar (org paling sibuk during majlis)... Jasa kalian takkan dilupakan... (^_~)

Geng marhaban (laki dan perempuan)


Org2 yg banyak membantu... Thanx all... (^_~)

5 comments:

Ayah said...

Xletak gambo kepala kambing ke?

Corat Coret Ain said...

@ Ayah
Ok2...Atas permintaan...

Ayah said...

Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar dan kite buat ikut sunnah..

ThePenthouseOwner said...

feymes kambing tuh..haha

Corat Coret Ain said...

FourLitreWords
Macik...nape tadatang time aqiqah??Keje ker?